RESEPI LASAGNA ROTI
.
Bahan-bahannya:
.
● 3 biji kentang di potong dadu
● mix vage secawan – jika suka
● 500gm daging cincang
● 2 biji bawang – cincang
● 5 ulas bawang putih – cincang
● 1 sudu besar serbuk kari
● 4 biji tomato dicincang – jika suka
● sedikit tomato ceri
● 1 sudu besar sos tomato
● 2 sudu besar sos cili
● 3 sudu makan minyak untuk menumis
● 12-15 keping roti
● 500ml susu segar
● 3 biji telur
● garam secukup rasa
● Parutan cheese – ikut suka
.
Cara-caranya:
.
1. Panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+tomato+sos cili.
2. Sebelum tutup api masukkan mix vage dan kacau seketika.
3. Satukan Susu dan telur, pukul hingga sebati.
4. Celupkan roti dalam adunan susu tadi. Susun atas loyang.
5. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti. Taburkan parutan cheese.
6. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan taburan cheese.
7. Lapisan akhir susun dengan 1/3 lebihan roti. Tuang baki susu ke atas lapisan akhir
8. Bakar dengan api sederhana selama 30 mins atau sampai lidi tak lekat.
9. Keluarkan dari oven dan taburkan baki parutan cheese.
10. Bakar dengan api sederhana selama 5 – 10 mins atau sampai cheese cair.
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
***Kalau nak potongan yang cantik, biarkan sejuk seketika sebelum diangkat dari loyang.
.
Selamat mencuba uolsss..
Jom share artikel ini jika bermanfaat
Tentang penulis
Resepi.My