Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sandwich Gril Telur Cheese Sarapan Pagi

author name

📄 ,

Resepi kali ini ialah resepi yang sesuai dijadikan menu sarapan pagi. Sandwich adalah antara hidangan paling mudah untuk disediakan. Bahan utamanya ialah roti putih yang boleh dibeli dengan mudah dimana-mana kedai runcit. Didalamnya diisi dengan pelbagai jenis inti dan yang paling kerap ialah telur kerana ia adalah sumber protin yang baik,murah dan mudah. 

Perkongsian kali ini menggunakan inti telur bersama cheese. Penyediaan hidangan ini amat ringkas jadi ia sesuai dihidang sebagai sarapan pagi, baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • 2 keping roti putih (sapu butter)

Bahan inti

  • 1 biji telur
  • Moyanis
  • Secubit garam
  • Susu segar
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Cili merah (potong dadu)
  • Daun bawang (hiris)
  • Cheese mozzarella
  • Chicken slice dihiris ( pilihan)

Kaedah

  • Pukul telur, tambah mayonis,susu dan garam
  • Cairkan butter
  • Goreng telur dan sementara ia masih basah masukkan sayur-sayuran dan chicken slice
  • Kacau segera sebelum telur masak dan tabur cheese mozzarella.
  • Keluarkan dan letak didalam roti
  • Grill roti dan bila roti telah perang, alih dan bolehlah dihidangkan.
  • Siap!

Sukatan bahan-bahan yang bergantung pada kuantiti sandwich yang ingin disediakan, bagi memenuhi selera, anda boleh tambah cili api jika suka pada rasa pedas. Anda juga boleh menambah sosej kalau tidak suka pada chicken slice. Hidangan ini perlu dihidang ketika panas untuk rasa yang lebih sedap bersama secawan kopi. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.