Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sandwich Tuna Pedas Berapi Sesuai Tekak Orang Kita

author name

Resepi kali ini merupakan resepi sandwich tuna pedas yang sedikit berbeza berbanding sandwich tuna lain. Mempunyai rasa yang lebih pedas namun menggunakan isi tuna yang lebih murah berbanding sesetengah resepi yang menggunakan isi tuna pedas. Antara bahan yang digunakan ialah sos kewpie pedas yang boleh didapati dipasaraya. Selain dari itu mayonis juga ditambah untuk rasa berlemak dan juga cili api merah untuk rasa yang pedas kaw! Baiklah berikut adalah bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1 tin kecil isi tuna dalam air
  • ½ biji bawang besar potong dadu
  • 4 ulas cili api merah buang biji dan hiris nipis 
  • 2 tbsp sos pedas kewpie
  • 2 tbsp mayonis
  • 1-2 tsp jus lemon/limau kasturi
  • Salad
  • Timun 

Kaedah

  • Sapukan butter dan mayonis pada setiap keping roti
  • Letak salad dan timun pada sekeping roti
  • Kemudian sekeping lagi roti letak inti
  • Gabungkan kedua keping roti dan buang kulit tepi.
  • Potong roti menjadi 4 bahagian 
  • Siap!

Jika anda penggemar roti yang lembut seperti Gardenia anda boleh simpan dahulu sandwich yang telah siap didalam petiais supaya lebih kemas bila dipotong,Namun roti yang terbaik untuk membuat sandwich ialah massimo biru kerana ia lebih stabil dan tidak meninggalkan kesan jari bila sandwich dipotong,selamat mencuba!  

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.