Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Roti Keto ( Roti Rendah Karbohidarat)

Roti keto kebelakangan ini mula mendapat tempat dikalangan pengamal diet. Ini keranaia sangat rendah karbohidrat. Karlubohidrat dikenali sebagai sejenis bahan yang diperlukan badan kita untuk tenaga.

Yang menjadi masalah ialah bila kita mengambil terlalu banyak karbo. Untuk mengekalkan berat badan kita sepatutnya mengambil kalori setakat keperluan harian kita sahaja. Mengikut seharian kita.

Jika anda aktif ,maka sewajarnya anda ambillebih karbo seperti nasi. Namun jika sebaliknya anda sepatutnya menghadkan pengambilan karbo. Resepi kali ini, sangat sesuai bagi anda yang ingin berdiet kerana ia sangat mudah dilakukan. Mari lihat bahan-bahannya.

Resepi Roti Keto

Bahan-bahan kering

  • 3 cawan penuh tepung badam
  • 5 sudu besar psylium husk
  • Serbuk penaik 4 sudu teh
  • Serbuk soda bikabornat 2 sudu teh (pilihan)
  • Cuka epal 5 sudu besar
  • Garam 1 ½ sudu teh
  • 6 biji telur putih

Bahan basah

  • Air panas mendidih ¾ cawan

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 200c selama 10 minit. Gris loyang roti yang tinggi.
  • Gaul semua bahan kering,masukkan telur. Gaul sebati.
  • Akhir sekali masukkan air panas. Tekstur ia mestilah seperti doh biasa,jadi perlu digaul atau bila telah sejuk sikit,boleh diuli dengan tangan.
  • Masukkan kedalam loyang roti,hiasi dengan kuaci dan bunga matahari. Tekan-tekan supaya kekacang ini melekat.
  • Bakar pada suhu 200c selama 60 min. Roti ini perlu dimasak hingga benar-benar masak dan garing.

Roti ini mempunyai tesktur seperti kek. Ia tidaklah ringan seperti lazimnya roti putih. Namun begitu ia enak bila dibakar dan disapu butter dan jem,apatah lagi kalau dibuat sandwich.

Jadi jika anda sedang berkira-kira untuk berdiat dan sedang mencari resepi-resepi diet, mungkin disinilah tempatnya. Kami mempunyai beberapa lagi resepi untukmembantu anda kurus. Selamat mencuba.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!