Resepi Sup Sayur Petola (Versi Pedas)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sayur yang sesuai dimakan diwaktu makan tengahari. Sup petola merupakan sejenis masakan yanb digemari dimakan bersama nasi panas. Ada pelbagai jenis sup petola yang digemari, antaranya sup petola bersama suhun dan sup petola bersama telur.

Sayur petola ini amat baik bagi kesihatan antaranya membersihkan darah, untuk mereka yang sembelit malah juga baik bagi mereka yang ingin berdiet. Oleh itu kali ini Madam akan kongsikan resepi sup sayur petola ini versi pedas. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Sup Sayur Petola (Versi Pedas)

Bahan bahan

  • 1 batang petola (bersihkan dan hiris)

Bahan tumbuk 

  • 3 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1/2 sudu lada sulah 
  • 4 ulas cili api
  • 1 sudu teh biji lada sulah
  • Sedikit ikan bilis 

Bahan lain

  • Minyak
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya 

Kaedah

  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan biarkan hingga garinb betul.
  • Masukkan air secukupnya dan masak sehingga kuah hampir mendidih.
  • Kemudian masukkan sayur petola.
  • Biarkan kuah mendidih.
  • Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Tutup api bila sayur telah empuk.
  • Siap!

Sup ini amat sesuai bagi orang yang baru elok demam tetapi singkirkan ciki api,gunakan hanya lada sulah. Tetapi berbeza bagi mereka yang berdiet, kepedasan boleh membantu meningkatkan metabolisma anda. Jaid terpulang ye bagaimana anda ingin manafaatkam resepi ini. Apapun selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Kobis Cina

Resepi Sup Cendawan Garlic Bread

Resepi Sup Ketam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *