Resepi Rasam (Masakan India) 1

Resepi Rasam (Masakan India)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi masakan India yang telah mendapat te pat dikalangan masyrakakat kita yang berbilang kaum. Masak Rasam ialah sejenis makanan bersup yang masam tetapi sedap. Ia mengandungi pelbagai rempah ratus yang amat baik untuk kesihatan kita.

Masakan ini amat mudah untuk disediakan, oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda dapatkan dipasaraya berdekatan.

Resepi Rasam (Masakan India) 2

Resepi Rasam

Bahan-bahan tumbuk

  • ½ labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit jintan manis
  • Sedikit jintan putih

Bahan hiris dan tumis

  • Cili kering
  • Biji sawi
  • Jintan manis
  • Bawang besar (potong baji)
  • Bawang putih (hiris)
  • 10 biji halba
  • 2 tangkai daun kari

Bahan lain

  • 1 sudu asam jawa (diramas dengan 1 cawan air)
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa.
  • 1 sudu teh serbuk kunyit.

Kaedah 

  • Dalam periuk panas tambahkan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
  • Kemudian tumis pula bahan hiris hingga semua bahan serasi.
  • Tambahkan serbuk kunyit juga.
  • Masukkan air asam jawa dan tambah dengan air kosong 1 jug kecil.
  • Biarkan mendidih dan tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Siap!

Masakan ini amat berkhasiat, ia mempunyai rasa yang masam-masam dan hangat. Amat sesuai jika dimakan bersama ayam goreng mamak yang mempunyai banyak bahan rempah. Apatah lagi jika ditambah dengan nasi panas, ianya pasti memikat nati anda. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *