Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Popia Cendawan Cheese (Kudapan Sedap)

Resepi kali ini, merupakan sejenis menu kudap-kudapan. Ia sesuai sebagai hidangan minum petang dan juga sesuai  sebagai snek ‘ finger food’. Ia sangat sesuai sebagai hidangan didalam majlis-majlis high tea. Selain dari itu popia cendawan cheese ini juga sesuai dihidangkan didalam majlis harijadi kanak-kanak kerana ia tidak pedas.

Popia goreng satu masa dahulu, hanya diisi dengan sayur-sayuran dan dimakan dengan sosnya. Kini zaman berubah popia mempunyai pelbagai versi inti. Resepi Popia Cendawan Cheese adalah salah satu inovasi baru dan kali ini Madam akan kongsikan resepi yang pernah dicuba sebelum ini. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Popia Cendawan Cheese ( Kudapan Sedap)

Bahan-bahan

  • Kulit popia saiz kecil secukupnya

Bahan-bahan inti

  • Satu tin cendawan butang (potong dadu)
  • Dua batang lobak (potong dadu)
  • Satu biji bawang hglland (potong dadu)
  • Tiga batang sosej (hiris kecil)
  • Sekeping ayam bahagian dada ( cincang)
  • Satu tin cream of mushroom prego (tin biru)
  • Tiga keping chedar cheesedale
  • Sedikit susu full cream
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit butter

Kaedah

  • Panaskan satu sudu kecil butter.
  • Masukkan bawang holland dan tumis sampai naik bau.
  • Masukkan isi ayam, goreng dan kacau agar ia masak dengan sebati
  • Masukkan sosej, cendawan dan lobak.
  • Kemudian masukkan sos cream of mushroom prego, kacau sampai sebati,
  • Tambahkan susu full cream sedikit jika ia terlalu pekat.
  • Perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam, gula serta garam.
  • Bila sudah sebati, masukkan cheese keping tadi, Gaul sampai cheese cair.
  • Tambahkan tepung gandum agar inti ini mudah dibentukkan sebelum diletak didalam kulit popia.
  • Ambil sehelai kulit popia, isi inti dan gulang serta lipat bahagian tepinya,kemudian dengan menggunakan air lekat dan tutup bahagian atasnya.
  • Ulang hingga inti habis.
  • Goreng dengan api yang sederhana.
  • Siap.

Bagaimanapun hati-hati ketika mengoreng kerana jika tidak cukup pekat ia akan meleleh dan merosakkan minyak. Tepung gandum ditambah agar inti ini lebih mudah dibentukkan dan boleh diletak didalam kulit popia.

Popia ini mempunyai rasanya yang sangat sedap. Ia mempunyai unsur fusion kerana gabungan cheese didalam kulit popia.Cubalah resepi ini.anak-anak anda pasti akan suka rasanya.

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!