Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kaki Ayam Masak Kicap Sedap Makan Ratah Pun Sedap

Resepi kali ini merupakan salah satu resepi dari koleksi masakan kaki ayam yang digemari oleh peminatnya. Kaki ayam masak kicap ini tidaklah sukar untuk disediakan dan bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini juga adalah bahan-bahan yanh biasa digunakan didalam masakan dirumah anda. Hanya memasak kaki ayam ini memerlukan masa yang lama kerana ia amat sedap direbus empuk. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahanĀ 

  • 200g kaki ayam
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih (tumbuk pecah)
  • 1 biji bawang besar-dipotong bulat
  • 1 inci halia
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Sos tiram
  • 1/2 sudu makan lada putih
  • Sedikit garam & kunyit serbuk
  • Minyak untuk menggoreng
  • Goreng kaki ayam dengan minyak penuh sehingga garing (tutup ketika goreng kerana ia akan meletup-letup)
  • Kemudian rendam kaki ayam tadi dalam air sejuk selama 2 jam.
  • Pertama sekali kaki ayam direbus hinggaĀ 
  • Dalam kuali masukkan sedikit minyak
  • Tumiskan bawang kecil, bawang putih & halia hingga naik bau.
  • Masukkan bahan bertanda kicap-kicap mengkiut sukatan yang anda suka.
  • Masukkan kaki ayam yang telah bergoreng dan masak sehingga kaki ayam menjadi empuk.
  • Tambah air jika perlu, proses ini mengambil masa hingga kaki ayam empuk dan kuah pula pekat.
  • Siap!

Bagi peminat kaki ayam, masakan seperti ini pasti akan digemari. Ia sedap dimakan bersama nasi ataupun diratah begitu sahaja. Bukan hanya sedap namun begitu sebenarnya kaki ayam juga adalah salah satu sumber kolagen yang baik untuk badan anda, terutama dikalangan orang dewasa khususnya kaum wanita.Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!