Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Maslodeh Kaki Ayam Sure Sedap Dan Senang

author name

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi masakan maslodeh yang dimakan bersama dengan nasi impit dan juga sambal tumis. Lazimnyaia menggunakan bahan-bahan seperti sayur sayuran,suhun,fucuk tahu dan juga santan. Dan bahan lain yang dia digunakan bersama masakan ini ialah seperti udang kering yang ditumbuk sebelum dimasak bersama kuah ini. 

Namun di dalam perkongsian kali ini kita akan menggunakan kaki ayam yang direbus sehingga empuk dan dimasak bersama sayur-sayuran dalam masakan maslodeh ini. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang lain daripada yang lain, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara cara untuk menyediakan masakan ini.

Bahan A

  • ½ kilo kaki ayam (rebus hingga empuk)
  • 2 batang lobak
  • 1 ikat kacang panjang
  • Kobis (dicincang kecil)
  • Fucuk
  • Suhun
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 kotak Santan
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukupnya
  • * untuk sayur boleh juga nak guna sengkuang, terung dan tempe.
  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 3 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • Segenggam udang kering (direndam)
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan B sampai naik bau. Masukkan serai dan tumis sampai naik minyak.
  • Masukkan kaki ayam,lobak, kacang panjang dan kobis. 
  • Kacau dan biarkan seketika.
  • Apabila sayur mulai lembut, masukkan tauhu, fucuk, suhun dan santan. 
  • Kacau selalu untuk elak santan berketul, tambah garam dan serbuk perasa.
  •  Tambah air jika ingin lebih cair.
  • Siap!

Santan segar lebih sedap namun begitu santan kotak lebih mudah. Masakan ini sesuai dimakan bersama nasi tetapu ianya juga sesuai dimakan bersama nasi impit seperti hidangan lontong. Amat sesuai bagi anda yang gemar makan sayur sayuran dan juga kaki ayam yang sangat berkhasiat ini diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini ya,selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *