Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Tempe (Garing, Manis, Pedas)

Tempe ialah makanan yang berasal daripada kacang soya dan memiliki banyak kebaikan kerana ia mengandungi kadar protein yang tinggi di mana protein diperlukan dalam badan.

Tempe kebiasanya diolah jadi bahan lauk untuk makan harian. Sejauh ini antara cara mengolah tempe yang banyak dibuat ialah tempe goreng, sayur lodeh tempe, kari dan sambal tempe.

Pada tulisan kali ini kami akan berkongsi resepi tempe sambal yang lazat. Resepi dikreditkan kepada Asiah Jaafar sebagai pemilik resepi yang berkongsi di laman Facebook.

Sambal tempe sedap untuk dijadikan lauk dimakan dengan nasi putih. Perpaduan rasa kacang soya yang autentik dan sambal yang sedap amat merangsang selera. Anak anak suka sangat sambal ini pedas manis rangup secukup rasa membuka selera.

‎Resepi Sambal Tempe Ikan Bilis

sambal tempe
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tempe dipotong nipis dan digoreng garing. Ketepikan.
  • Ikan bilis digoreng garing. Ketepikan.
  • Cili kering blend 4 sudu besar.
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus.
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat.
  • 3 sudu besar gula dan 1 sudu besar gula merah.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih sampai kuning, masukan cili kering. Tumis sampai garing.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, sedikit garam, gula dan gula merah.
  3. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
  4. Tutup api. Biarkan sambal betul-betul sejuk.
  5. Akhir sekali gaulkan ikan bilis dan tempe tadi dengan sambal hingga rata.
  6. Siap. Selamat mencuba .

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sambal tempe, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!