, , ,

KERABU JANTUNG PISANG IKAN BILIS

Oleh:

KERABU JANTUNG PISANG IKAN BILIS
.
Bahan-bahan:
satu biji jantung pisang
3 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
6-10 biji cili padi
1 tangkai lada merah – hiris
1 inci belacan bakar
1/2 biji bawang besar – mayang halus
1 biji tomato – buang empulur dan hiris
2 biji limau kasturi – lebihkan jika ingin lebih masam
1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
[email protected]
garam
.
Cara-cara Penyediaan:
1. Kupas kulit jantung pisang yang keras hingga ke kulit yang putih.
2. Rebus dengan sedikit garam lebih kurang 15minit atau hingga masak/lembut. Toskan, perah dan hiris nipis. Ketepikan.
3. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, lada merah, dan belacan bakar hingga lumat.
4. Satukan jantung pisang yg telah dihiris tadi, bawang besar mayang, dan tomato.
5. Kemudian masukkan garam, sedikit [email protected] dan juga bahan tumbuk tadi.
6. Masukkan ikan bilis goreng.
7. Perahkan limau kasturi. Ambil jus sahaja.
8. Gaul mesra.
9. Segera dihidang ketika ikan bilis tengah rangup.
.
selamat mencuba

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Resepi.My

Tinggalkan komen di sini

[crp]