Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cheese Tart Buncit ( Inti Cheesetart)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi yang dicari-cari peminat-peminat pastri. Terutama bagi peminat cheesetart. Cheese tart adalah sejenis tart yang diisi dengan cream cheese dan inti strawberi atau blueberry. Ada juga yang meletakkan inti nutella atau choc ganache.

Namun begitu resepi inti cheese tart yang Madam akan bawakan hari ini ialah jenis cheese tart buncit. Namanya agak lucu tetapi ini adalah disebabkan rupa cheese tart yang membuncit berbanding cheese tart biasa. Inilah salah satu tanda kreativiti orang Malaysia, cheese tart buncit ini di luar negara tiada ya, hanya di Malaysia.

Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ini.

Resepi Cheese Tart Buncit ( Inti Cheesetart)
Bahan-bahan

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula ising
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar krim putar
  • 1 biji telur dipukul dan amik anggaran 2 sudu besar sahaja.

Kaedah

  • Mula-mula keluarkan cheese dari peti ais, masukkan kedalam mesin pengadun.
  • Biar seketika kemudian adun bersama butter dengan mesin hingga lembut.
  • Kemudian tambahkan gula ising dan pukul perlahan.
  • Hentikan mesin apabila gula telah sebati dan gaulkan dengan spatula.
  • Masukkan krim putar dan telur, gaul sebati.
  • Adunan sepatutnya lembut tetapi tidak cair.
  • Paip penuh tart yang telah diisi dengan inti blueberry atau strawberi.
  • Paipkan ia secara menegak 90 darjah.
  • Bakar pada suhu paling rendah selama 10 minit atau sehingga cheese kering dan boleh disentuh.
Cheesetart buncit sesuai dijadikan hantaran.


Rasa cheese tart buncit ini lebih sedap kerana ia mempunyai lebih cheese. Inti blueberry yang Madam gunakan kali ini adalah homamade, jadi manisnya itu bolehlah kita kawal sendiri. Salah satu sebab cheesetart buncit ini popular ialah kerana ia lebih mudah dihiasi. Tart ini sangat popular dijadikan hantaran atau sambutan harijadi.

Jadi bagi anda yang tercari-cari kaedah untuk menghasilkan cheese tart buncit, boleh lah mencuba resepi ini ya. Jangan lupa like dan share juga, agar ia bermanafaat bagi orang lain.

Resepi Lain Yang Menarik.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *