Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Biscoff Cheesetart Kena Buat Lebih Takut Tak Cukup

author name

📄 ,

Resepi berikut adalah resepi cheesetart dengan menggunakan biscoff sebagai bahan utamanya. Bagi peminat biscoff boleh dikatakan hampir kebanyakkan manisan diberi sentuhan berperisa biscoff akan laku keras. Salah satu kegemaran mereka ialah cheesetart berperisa biscoff. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah butter, gula, telur dan tepung gandum untuk membuat shell tart. Namun begitu tambahan serbuk badam memberi rasa dan aroma yang lebih sedap. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan shell tart

  • 250g butter salted lurpark
  • 100g gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 100g serbuk badam
  • 400g tepung gandum

Kaedah

  • Kacau butter bersama gula hingga bahan-bahan ini sebati.
  • Masukkan kuning telur dan selepas itu masukkan serbuk badam.
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil uli hingga doh sebati dan lembut.
  • Masukkan dalam acuan dan bakar 25 minit pada suhu 160c
  • Sejukkan shell tart selepas siap dibakar.

Bahan-bahan cream cheese.

  • 250g cream cheese (lembut)
  • 50g gula aising (ayak)

Kaedah

  • Pukul kedua bahan ini hingga jadi gebu, ketepikan.

Inti

  • Sapuan biscoff
  • Serdak biskut biscoff (pilihan)
  • Penyediaan cheese tart biscoff
  • Sediakan shell tart, isi biscoff.
  • Paipkan cream cheese secara menegak.
  • Bakarkan sebentar hingga cheese tidak lagi melekat dijari.
  • Hiasan dengan  serdak biscoff dibahagian atas tart
  • Siap!

Walaupun sapuan biscoff ini agak mahal, namun sejak kemunculannya ia sentiasa mendapat permintaan yang tinggi, Jadi sudah tentu berbaloi jika anda cuba sendiri resepi ini untuk hidangan anda sekeluarga. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.