Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Butter Ombre Nutella Biscoff Yang Mewah Teringat-ingat.

author name

Resepi kek kali ini sangat menarik kerana ia menggunakan nutella dan juga biscoff. Kek butter ombre ini menggabungkan nutella dan biscoff iaitu antara sapuan paling popular dinegara kita ini. Gabungan in imemberi satu rasa yang mewah terutama jika anda menggunakan butter yang pure seperti Lurpak atau Anchor. Baiklah bagi anda yang mencari-cari inovasi baru kek butter terutama bagi peminat kek butter berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

A

  • 250g salted pure butter 
  • 150g gula halus
  • 5 bij telur gred A
  • ½ tsp esen vanilla

B

  • 230g tepung gandum
  • ½ tsp serbuk penaik

C

  • 50g susu segar (suhu bilik)

D

  • 60g nutella 
  • 60g biscoff
  • (double boil untuk lembutkan sedikit)

Kaedah

  • Mula-mula pukul butter dan gula hingga putih
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan akhir sekali masukkan esen vanila.
  • Selepas itu masukkan bahan B dengan teknik kaup balik.
  • Masukkan susu dan kacau hingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 3 adunan.
  • Adunan pertama masukkan nutella.
  • Adunan kedua masukkan biscoff
  • Adunan ketiga biarkan pada rasa original.
  • Tuang adunan pertama dalam loyang bulat saiz 8”, ratakan.
  • Seterusnya tuang adunan kedua dan akhir sekali tuang adunan original dibahagian paling atas.
  • Bakar pada suhu 160c selama 60 minit.
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.
  • Siap!

Butter dan biscoff perlukan dicairkan sedikit menggunakan microwave namun anda juga boleh juga menggunakan teknik double boil. Anda boleh juga hias kek butter ini dengan kepingan biskut biscoff terutama bila dijadikan hadiah, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.