Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Butter Matcha Greentea Kombinasi Menarik Lain Dari Lain

author name

📄

Resepi kali ini merupakan satu inovasi pada kek mentega atau nama popular dia kek butter, pengubahsuaian yang dilakukan ialah dengan menambah serbuk matcha green tea ke dalam adunan kek butter ini. Antara bahan lain ayng digunakan ialah tepung kek, telur,gula dan sudah tentu butter.

Keenakkan kek butter bergantung pada kualiti butter, begitu juga pengunaan serbuk matcha perlulah jenis berkualiti untuk menghasilkan kek yang sedap. Baik berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan A

  • 250g butter
  • 11/2 cawan gula halus
  • 5 biji telur gred B
  • ½ tsp esen vanila

Bahan B

  • 220g tepung superfine
  • 10g serbuk matcha green tea
  • ½ tsp baking powder
  • (ayak semua)

Bahan C

  • 50ml susu (suhu bilik)

Kaedah

  • Pukul bahan A bermula dengan gula dan butter.
  • Bila adunan telah putih, masukkan telur sebiji demi sebiji.
  • Kemudian masukkan bahan B dan akhir sekali masukkan bahan C.
  • Guna loyang bulat 8” dan bakar pada suhu 160c selama 40-60 minit.
  • Sejukkan sebelum dihidangkan.

Matcha green tea adalah pucuk daun teh yang paling muda, ianya mempunyai khasiat dan sentiasa diamal oleh pelbagai masyarakat. Walaupun menggunakan teh kek ini tidak kelat seperti yang dijangka,malah ianya amat sedap sekali. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.