Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Roti Kukus Sos Pandan Ala-ala Boat Nodle Senang Giler Rupanya

author name

📄

Perkongsian kali ini merupakan sebuah resepi yang amat sesuai dijadikan hidangan minum petang. Masakan ini amat popular disebuah restoran franchise yang terdapat dinegara kita ini. Penyediaannya bagaimanapun  boleh dikatakan antara yang paling cepat dan ringkas. Namun begitu ia amat sedap dan sangat digemari, antara bahan yang digunakan didalam resepi ini ialah roti dan kaya.

Bagi anda yang mencari hidangan ringkas dan sedap, berikut adalah  yang diperlukan yang boleh didapati dikawasan berdekatan anda.

Bahan-bahan kaya

  • 1/2 cawan air
  • 5 helai daun pandan (dipotong kecil)
  • 1/2 cawan air pandan
  • 200 ml santan
  • 3 tbs susu pekat
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sb tepung jagung
  • 2 biji kuning telur
  • 2 tbs susu cair
  • Pewarna hijau
  • Garam

Kaedah

  • Kisarkan air dan daun pandan dahulu, kemudian tapiskan airnya.
  • Tuangkan air pandan, santan dan susu pekat ke dalam kuali dan panaskannya.
  • Kemudian, letakkan sedikit pewarna makanan hijau dan sedikit garam. Kacau rata.
  • Campurkan gula dan tepung jagung di dalam mangkuk.
  • Masukkan pula kuning telur ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati.
  • Masukkan sedikit campuran pandan ke dalam campuran tepung jagung. Gaulkannya seketika.
  • Tuangkan campuran tadi ke dalam kuali dan masak sehingga pekat.
  • Apabila sudah pekat, tambahkan susu cair ke dalam campuran dan masak sehingga pekat.
  • Sejukkan sebelum dihidang.
  • Roti naik/ roti benggali 
  • Potong dan kukus 3 minit 
  • Hidang bersama kaya.
  • Siap! 

Hidangan ini sebenarnya amat mudah untuk disediakan, anda juga boleh menggunakan roti sandwich yang lebih mudah ditemui. Sos pandan yang lebih boleh disimpan didalam petiais, masukkan kedalam microwave atau biarkan sebentar diluar sebelum disapu roti Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.