Resepi Kek Span Vanila Badam Buat Kek Harijadi Sendiri Je 1

Resepi Kek Span Vanila Badam Buat Kek Harijadi Sendiri Je

Resepi yang dikongsikan kali ini adalah resepi kek yang sangat mudah untuk di situ kan dan sangat sesuai bagi anda yang ingin sesuatu lebih ringkas. Kek vanila badam ini dibuat menggunakan tepung segera sponge mix yang biasa dijual dikedai yang menjual barangan bakeri dan ada beberapa jenama namun yang paling murah ialah yang dibungkus semula. Bahan yang diguna bersama resepi ini juga sangat minima iaitu seperti telur,air,minyak dan juga kacang badam, Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 250g vanila sponge mix
  • 4 biji telur
  • 60g air 
  • 30g serbuk kacang badam
  • 60g minyak masak

Kaedah

  • Sediakan loyang bulat saiz 9”,gris dan lapik dengan kertas minyak.
  • Panaskan oven pada suhu 170c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Dalam mangkuk pengadun tmbh tpg dan 4 biji telur.
  • Aduh bancuhan hingga menjadi pekat, gunakan kelajuan tinggi.
  • Kemudian tambah air.
  • Adun lagi hingga sebati.
  • Kemudian tambah serbuk kacang badam.
  • Dan kaup balik hingga sebati.
  • Akhir sekali tambahkan minyak masak dan kaul balik hingga benar-benar sebati.
  • Masuk dalam loyang dan bakar pada suhu 170c selama 40 minit.
  • Selepas kek masak, terbalikkan loyang bersama kek diatas besi redai sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Kemudian baru keluarkan dari loyang dan sejukkan sebelum digunakan.

Untuk menyediakan sebiji kek yang sesuai untuk dihiasi seperti kek hari jadi amat penting untuk anda menggunakan peralatan yang lengkap dan betul. Meskipun kek ini agak mudah untuk disediakan namun begitu tanpa peralatan yang betul anda mungkin gagal. Apa pun belum cuba belum tahu, dah cuba baru tahu, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *