Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Vanilla Cake Premix Versatile Boleh Buat Muffin Gak

Resepi kali ini merupakan resepi atau cara-cara menyediakan tepung kek segera. Tepung kek segera ini lazimnya dijual dikedai yang membekal barangan masakan menyediakan pencuci mulut.

Namun begitu ramai yang tidak tahu, sebenarnya anda boleh menyediakan tepung kek vanila ini sendiri. Bahan-bahan yang digunakan amat mudah didapati dan harganya juga lebih murah. Malah tepung kek vanila segera ini amat mudah untuk disediakan, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ⅛ sudu teh soda bikarbonat 
  • 1 cawan gula halus

Kaedah

  • Campur semua bahan dan ayak beberapa kali.
  • Masukkan didalam bekas kedap udara.
  • Untuk menyediakan kek vanila bersaiz 7” bulat berikut adalah bahan yang diperlukan.
  • ½ cawan minyak masak/butter cair
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh vanila.

Kaedah

  • Campurkan bahan basah dan tuangkan bahan-bahan premix.
  • Kacau sebati dan bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
  • Siap!

Tepung segera kek vanila ini boleh disediakan bila-bila masa sahaja. Saiz adunan ini sesuai untuk kek saiz 7” bulat. Bahan-bahan yang perlu ditambah ialah minyak, buttermilk dan telur. Malah anda juga boleh membuat muffin menggunakan tepung ini. Penyediaannya juga amat mudah,dimana anda tidak perlu menggunakan mesin. Tepung segera ini juga amat sesuai dijadikan hadiah atau dibuat jualan bagi menambah pendapatan anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!