Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Whoopie Pie (Enak dimakan sejuk!)

Whoopie Pie berasal daripada Amerika. Ianya merupakan sejenis pai yang dimakan bersama dengan cream cheese dan coklat. Ianya amat digemari ramai kerana rasanya amat lazat!

Kali ini kami bawakan resepi whoopie pie yang sedikit berbeza kerana diubahsuai menjadi lebih sedap! Bayangkan sahaja gabungan cream cheese bersama nutella, pasti sedap. Ianya juga lebih enak dimakan ketika sejuk, jadi jangan lupa simpan dulu di dalam peti ais!

Resepi ini dikongsikan oleh Hakimah al – Edruce dan mendapat perkongsian serta likes yang banyak di media sosial. Jom tengok!

Resepi Whoopie Pie

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 200g tepung serbaguna
  • 50g serbuk koko
  • 120g mentega
  • 1 cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 1/2 tsp baking soda
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 cawan susu segar

Cara – cara penyediaan:

  1. Ayakkan bahan – bahan kering dan ketepikan sebentar.
  2. Pukul mentega dan gula perang dalam kelajuan sederhana selama 6 minit.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi selama 3 minit.
  4. Masukkan bahan – bahan kering dan susu segar.
  5. Sentiasa pukul adunan sehingga sebati.
  6. Masukkan kedalam piping bag, gunting dihujung dan paipkan bulat bulat mengikut saiz pilihan anda.
  7. 1 adunan ini akan menghasilkan 15 biji pai saiz besar dan 30 biji pai saiz kecil. Bakar selama 20 minit pada suhu 150C.
  8. Masukkan cream cheese dan letakkan nutella sebagai inti.
  9. Simpan didalam bekas dan letakkan didalam peti sejuk.
  10. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!