Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Crown Chiffon Cake ( Kek Viral)

Resepi kali ini merupakan resepi kek yang telah viral baru-baru ini. Kek crown chiffon ini merupakan sejenis kek chiffon. Kek ini dibakar didalam loyang yang kecil sehinggakan ia naik melepasi ketinggian loyang yang menyebabkan ia seperti ’crown’. Cara membuatnya adalah sedikit mencabar, namun bahan yang digunakan amat minima. Jadi bagi anda yang ingin menguji kemampuan membuat kek, anda mesti cuba kek ini.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan, ia amat mudah ditemui dipasaraya berdekatan malahan ia juga boleh didapati dikedai runcit dirumah anda.

Resepi Crown Chiffon Cake

Bahan – bahan

A

  • 4 biji kuning telur
  • 40g minyak jagung/minyak masak 
  • 45g jus oren/perisa oren sunquick
  • 70g tepung kek/tepung gandum

B

  • 4 biji putih telur
  • ÂĽ sudu teh cream of tartar / ½ sudu teh cuka
  • 50g gula halus/gula castor (tambahkan dengan 1 sudu teh tepung jagung )

Kaedah 

  • Mula-mula sediakan loyang saiz 6” x 3”. Loyang ini tidsk perlu digris atau dilapik kertas minyak.
  • Panaskan oven pada suhu 180c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Kemudian panaskan minyak jagung sedikit, segera tutup api.
  • Dan masukkan jus oren, kacau kedua bahan agar sebati.
  • Kemudian baru masukkan tepung gandum.
  • Apabila telah sebati, ketepikan bahan A ini dahulu.
  • Bahan B pula, pukul telur putih sehingga berbuih kasar.
  • Kemudian masukkan 
  • sedikit cream of tartar.
  • Sambung pukul dan kemudian masukkan gula pula.
  • Selepas itu terus pukul meringue ini hingga ia menjadi adunan yang ertanduk (stiff).
  • Bakar pada suhu 180c selama 5-10 minit. 
  • Kemudian dalam masa kurang seminit dan keluarkan serta kelar kek dengan pisau kepada enam belahan.
  • Masukkan segera kek dan bakar selama 30-40 minit sehingga merekah dan pecah dibahagian atasnya.
  • Uji kek dengan lidi sebelum mengeluarkan ia dari oven.
  • Sejukkan kek dengan cara meletakkan kek diantara dua bekas yang tinggi.
  • Sejukkan selama 30 minit, barulah keluarkan kek dari loyangnya.
  • Siap!

Ikut tips didalam resepi, kerana kek chiffon menggunakan cara yang sedikit berbeza dari kek butter. Namun rasanya amat sedap, hampir cair dalam mulut. Jadi diharap anda akan mencuba resepi ini, semoga berjaya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!