Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Karamel Pelangi Kukus Mudah, Lazat Serta Mesra Ekonomi

Kali ini kami bawakan kepada anda resepi kek karamel pelangi yang amat cantik dan lazat. Resepi kali ini juga mesra ekonomi kerana tidak menggunakan bahan – bahan yang mahal dan ianya boleh didapati di pasaraya berdekatan sahaja! Kek karamel pelangi ini juga menjadi kegemaran ramai kerana rasanya manis dan rupanya berwarna warni seakan pelangi.

Kek karamel pelangi ini menggunakan teknik kukus. Oleh itu, ianya amat sesuai untuk sesiapa sahaja menyediakannya kerana tidak perlu menggunakan ketuhar. Hanya pasang pengukus sahaja di atas dapur dan anda sedia untuk mengukusnya. Oleh itu, bil elektrik juga pasti lebih jimat kan?

Kek karamel ini menggunakan gula yang dicairkan membentuk karamel dibahagian atasnya memberikan rasa pahit manis yang amat lazat, digabungkan pula bersama rasa lemak daripada puding dan kek!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Tok Ma dan mendapat banyak komen positif di laman Facebook milik beliau. Mari kita lihat!

Resepi Kek Karamel Pelangi

kek karamel pelangi
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Karamel:

  • 5 sudu besar gula
  • 5 sudu besar air

Puding:

  • 4 biji telur saiz A
  • 4 keping roti
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pkt
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar teh esen vanila

Kek:

  • 3 biji telur saiz A
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 tin susu pekat
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum naik sendiri
  • Pewarna yang di sukai

Cara – cara memasak:

Karamel:

  1. Cairkan gula ke dalam periuk atas api kecil sehingga menjadi karamel dan kacau kemudia masukkan air.
  2. Masukkan karamel ke dalam loyang bulat dan ratakan karamel.
  3. Ketepikan dan sejukkan.

Puding:

  1. Satukan kesemua bahan dan kisar.
  2. Tapis dan masuukan di dalam loyang yang berisi karamel.
  3. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.

Kek:

  1. Satukan telur, minyak, susu pekat dan esen vanilla dalam mangkuk adunan.
  2. Pukul sehingga berbuih dan kembang.
  3. Masukkan tepung gandum dan pukul sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagia, campurkan dengan pewarna dan kacau.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang puding secara berselang seli.
  6. Kukus selama 1 jam.
  7. Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk selama 30 minit sehingga tepi kek renggang daripada loyang.
  8. Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan – lahan di atas bekas.
  9. Sedap dimakan ketika sejuk!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!