Kek marble nutella

Oleh:

Kek Marble Nutella….sgt moist…boleh la buat untuk mak mertua uolss…

Bahan2
250g butter
3/4 cawan gula kastor
5 biji telur A@B
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar/full cream
1 sk esen vanilla
2 sb nutella
1 sb serbuk koko

Panaskan oven terlebih dahulu….
Putar butter + gula sampai kembang dan putih..kemudian masukkan 1 per 1 telur,tambahkan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati..
Selang selikan tepung dan susu sehingga habis..pukul lagi hingga sebati…
Bahagikan kepada 2 bahagian..1 bahagian di campurkan dengan nutella dan serbuk koko..1 lagi adunan dibiarkan adunan yg asal…
Tuang adunan dlm loyang 8 inci yg dah di sapu sedikit butter dan di alas dengan baking paper….
Selang selikan adunan coklat dan putih…kemudian lorek2 kan adunan..bakar api atas bawah suhu 170 selama 50minit @ sehingga masak..

Selamat Mencuba

kredit resepi kepada ‎Nurul Fadilah‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]