Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Buah Moist Versi Bakar Tak Guna Mixer

author name

📄

Resepi kek kali ini merupakan antara kek yang sangat digemari terutama menjelang hari perayaan seperti hari raya. Berbeza dengan kek buah yang original dimana ia menggunakan brandi untuk memberi rasa dan juga memanjangkan hayat kek, resepi dikongsikan kali ini tidak menggunakan sebarang alkohol. Didalam resepi ini bahan alkohol diganti dengan air sahaja walaupun anda juga boleh menggantikan ia dengan jus epal.

Kek buah biasanya dikukus namun berbeza dengan resepi kerana ianya dibakar dan bahan-bahan buah digunakan didalam resepi ini ialah jenis buah kering yang boleh diperlbagaikan mengikut citarasa anda.

Baiklah bagi anda yang mencari-cari resepi kek buah versi bakar berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 250g butter (pilih pure butter untuk rasa yang lebih mewah)
  • 100g gula perang
  • 3tbsp gula merah
  • 180ml air/ jus epal

Buah-buahan kering

  • 4-5 jenis buah-buah kering dengan berat 100-200g setiap pek.
  • Contoh buah-buahan kering seperti mix fruit, dried peel, cranberry, blackcurrant dan kismis.

Kaedah 

  • Rebus dahulu bahan-bahan A hingga menggelegak dan biarkan merenihkan sebentar.
  • Sejukkan sebelum digunakan.

B

  • 230g tepung gandum
  • Parutan dari 1 biji buah lemon
  • 1tsp serbuk cinnamon
  • 1tsp baking powder.

Kaedah

  • Gaul semua bahan ini menggunakan whisk.

C

  • 3 biji telur gred A
  • 1 tsp esen vanila

Kaedah

  • Kacau dulu telur bersama esen vanila.

D

  • Kacang walnut atau pecan atau apa sahaja kacang yang anda suka.
  • Bakar dahulu
  • Penyediaan kek buah moist.
  • Masukkan telur dalam bahan A yang telah direbus.
  • Kemudian tambah kacang.
  • Selepas itu campur dengan bahan-bahan kering yang telah disediakan tadi.
  • Bakar pada suhu 140c selama 120 minit.
  • Simpan kek dalam loyang semalaman sebelum dipotong agar kek tidak berderai.
  • Siap!

Kek buah versi bakar ini sedikit berbeza dengan kebanyakkan resepi yang boleh didapati namun begitu rasanya maih sedap malah ia juga tahan lama didalam ruang dengan suhu bilik. Cuma pastikan kek ini disimpan didalam bekas kedap udara agar ia lebih lembab. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.