Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Pisang Dalam Mug 5 Minit Siap

Resepi yang dikongsikan kali ini merupakan resepi pencuci mulut yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Resepi ini sesuai bagi pengguna microwave kerana ianya mudah dan cepat, manakala bahan-bahan yang digunakan juga amat minima. Sesuai dijadikan hidangan selepas makan malam atau bila craving anda bolehlah menggunakan resepi ini.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan ia juga boleh didapati dengan mudah dengan kawasan berdekatan anda.

Bahan-bahan ( untuk 1 biji mug)

  • ½ biji pisang atau 1 biji pisang saiz sederhana – hancurkan

Bahan basah

  •  1tbsp brown sugar
  • 1tbsp susu
  • 1tbsp minyak masak
  • ½ tsp esen vanilla

Bahan kering

  • 3tbsp tepung gandum
  • ⅛ tsp baking soda
  • ¼ tsp baking powder
  • Secubit garam

Kaedah 

  • Campurkan semua bahan kering, ketepikan.
  • Dalam mug pilihan anda, masukkan pisang dan bahan basah.
  • Kacau agar sebati selepas itu masukkan bahan kering.
  • Anda juga boleh kacau ia secara berasingan kemudian baru masukkan dalam mug
  • Dengan guna microwave setting 2 minit dahulu dan tambah hingga kek kering dan telah masak.
  • Siap!

Bagi peminat dessert yang diperbuat dari pisang anda harus cuba resepi mudah ini, ianya mengambil masa yang sangat singkat untuk disediakan.Pastikan anda menggunakan acuan yang sesuai seperti mug, ramekin atau pun plastik yang tahan microwave. Rasanya juga amat sedap dan amat berbaloi untuk dicuba. Selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.