Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Pankek Mudah (Resepi Sarapan Pagi Barat)

Resepi kali ini ialah resepi yang sesuai sebagai menu sarapan pagi. Walaupun  resepi ini mempunyai pengaruh makanan dari barat, namun ia telah mula mendapat tempat di negara kita. Jika zaman dahulu emak-emak kita menyediakan lempeng sebagai sarapan pagi. Kini zaman telah berubah, walaupun lempeng masih lagi mendapat tempat dalam menu sarapan pagi kita. Namun pankek kini telah ditambah sebagai alternatif menu sarapan.

Sebenarnya pankek dan lempeng hanya mempunyai sedikit perbezaan. Jika lempeng hanya mempunyai dua bahan utama iaitu tepung dan air,pankek pula mempunyai tambahan bahan-bahan seperti telur, susu dan serbuk penaik. Makan lempeng pula sedap dengan sambal atau taburan gula, namun pankek lazimnya dimakan bersama madu dan butter. 

Baiklah mari kita lihat bahan-bahan dan resepi ini.


Resepi Pankek Mudah (Resepi Sarapan Pagi Barat)

Bahan-bahan kering

  • 1 ½ cawan tepung. 
  • 2 sudu besar serbuk penaik.

Bahan-bahan basah.

  • 1 biji telur. 
  • 1¼ cawan susu. 
  • ¼ cawan mentega cair. 
  • Secubit garam. 
  • ½ sudu kecil esen vanila.

Kaedah.

  • Ayak bahan-bahan kering. Kemudian menggunakan dengan blender, kisarkan bahan-bahan basah. Tambahkan adunan ini kepada bahan-bahan kering dan  kacau hingga sebati. 
  • Menggunakan non-stick pan, tambahkan sedikit minyak atau mentega. Dengan menggunkan senduk, sukat dan goreng setiap satu pankek. Terbalikkan agar kedua-dua bahagian masak. Ulang sehingga habis. 
  • Boleh dihidangkan dengan butter dan madu atau susu manis.
  • Siap.

Bagaimana? Mudah bukan? Untuk adunan ini anda boleh mendapat lebih kurang 10 keping pankek yang saiz sederhana. Jadi ia mencukupi bagi sebuah keluarga. Rasa pankek sangat sedap, ia juga sangat mudah disiapkan.

Jika selama ini, anda mungkin mengemari pankek Mc D, apakata kali ini anda mencuba buatnya sendiri. Anda pasti sukakan rasanya yang ringan dan berlemak itu. Kosnya pun jauh lebih rendah. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!