Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Serunding Ikan Paling Mudah Sesuai Untuk Amatur

author name

Serunding merupakan sejenis hidangan berasaskan kelapa dan rempah ratus dan kemudiannya digoreng sehingga kering. Ianya dimakan bersama dengan nasi panas ataupun apa apa sahaja yang anda sukai. Terdapat pelbagai jenis serunding, di antaranya adalah serunding daging dan serunding ayam. Namun begitu, kali ini kami bawakan resepi serunding ikan khas buat anda semua.

Serunding ikan yang kami bawakan kali ini menggunakan ikan tongkol ataupun ikan kembung. Ianya direbus terlebih dahulu bersama dengan asam keping sebelum dikisar. Kemudian, ianya digabungkan bersama bahan yang telah ditumis dan ditambahkan santan, garam dan gula.

Resepi ini dikongsikan oleh Rozzy Id dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Serunding Ikan

serunding ikan 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3kg ikan kembung/tongkol
  • 1kg santan kelapa (ambil yang pekat sahaja)
  • 200g gula merah/3 buku gula nise
  • 3-5 helai daun limau purut (untuk buang bau hanyir ikan)
  • 2 paket kecik kerisik (2 x 40gm)
  • asam jawa/asam keping secukup rasa
  • 1 sudu besar kari daging

Bahan kisar:

  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu besar jintan manis

Cara – cara memasak:

  1. Rebus ikan bersama asam keping sampai empuk biar isi ikan mudah tertanggal. kemudian apabila sudah empuk asingkan isi dan tulang ikan. Isi ikan ditumbuk/kisar
  2. Sangai ketumbar dan jintan, kisar kasar.
  3. Bahan bawang yang dikisar di tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar ketumbar dan serbuk kari. Masukkan kerisik dan daun limau, kacau sebati
  4. Letak ikan yang telah di buang tulang. Letak santan, asam keping dan gula garam secukup rasa.
  5. Keringkan sehingga kering.
serunding ikan
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *