Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Mentega Pelangi Menu Minum Petang Paling Padu

author name

📄

Anda buntu nak menyediakan apa untuk menu minum petang? Bosan dengan kuih muih yang boleh didapati di gerai berhampiran? Jangan khuatir, kali ini kami bawakan resepi kek mentega pelangi yang menggunakan marjerin Pelangi sebagai bahan utama. Hidangan ini amat sesuai dihidangkan pada minum petang bersama dengan Teh O Panas kerana rasanya yang amat lazat!

Cara membuat kek mentega pelangi ini amat mudah. Oleh itu, ianya boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti sihat yang dilakukan bersama keluarga. Pastinya, anak – anak anda akan menggemari aktiviti seperti ini! Kek ini juga sesuai dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat. Oleh itu, ianya sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu!

Resepi ini dikongsikan oleh Hawa Ab Ghani dan mendapat ratusan perkongsian di media sosial. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Kek Mentega Pelangi

kek mentega pelangi
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 cawan marjerin PELANGI
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan baking powder
  • 3 biji telur gred A / 4 bji tlur C
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • pewarna

Cara – cara memasak:

  • Pukul mentega & gula sehingga kembang (Sampai mentega tukar warna putih)
  • Masukkan telur satu persatu (setiap 1 biji selang 2 minit)
  • Selepas itu, masukkan esen vanila, gaul sampai gebu.
  • Akhir sekali, masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian & masukkan warna.
  • Letakkan dalam loyang yang sudah di sapu marjerin dan selang seli warna sampai habis.
  • Bakar pada suhu 150°C selama 40 minit atau sehingga kek masak. Pakai api atas bawah.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *