Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Peanut Butter Dip Sauce Yang Simple Dan Sihat

author name

Resepi seterusnya ini adalah masakan atau cara menyediakan cicahan yang sihat kerana menggunakan bahan organik dan rendah karbo. Ianya telah direka oleh pengasas makanan sihat iaitu Asian Keto.

Cicah ini sesuai dimakan bersama low carb sushi,ayam bakar atau pun dibuat kuah pecal.

Antara bahan yang digunakan didalam resepi ini ialah peanut butter dan tamari iaitu sejenis kicap yang berasaskan soya namun ianya tidak menggunakan gandum seperti kebiasaan kicap. Oleh itu ia sangat sesuai bagi mereka yang alergik pada gluten. Berikut adalah cara menyediakannya.

Bahan-bahan

  • 2 tbsp peanut butter ( jenis tanpa gula)
  • 1 titis stevia drop
  • 1 tsp jus lemon
  • 1 tsp halia sagat halus
  • 1 tsp tamari sauce
  • 1 tbsp air

Kaedah

  • Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
  • Sesuaikan rasa dan kepekatan  mengikut citarasa anda.
  • Dip sauce ini sesuai dimakan bersama sayur atau ayam grill dan tahan 5 hari dalam peti ais.
  • Siap!

Untuk menggantikan tamari anda boleh menggunakan kicap namun begitu ia tidaklah menjadi makanan yang bebas gluten dan mungkin memberi kesan kepada golongan yang tidak boleh mengambil gluten. Jadi selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.