Seterusnya resepi daging goreng sos Korea,khusus bagi peminat masakan pedas dan sedikit manis dan yang gemar masakan ringkas. Dalam penyediaan masakan ini paling sedap jika anda menggunakan daging lembut. Penyediaannya amat ringkas dan masakan begini sesuai dijadikan menu makan malam kerana ia cepat dan sedap. Berikut adalah cara-cara menyediakan masakan ini.
Bahan-bahan
- 300g daging lembut (perap dengan sos tiram sikit)
Bahan hiris tumis
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
Bahan sos
- Serbuk cili
- Sos korea
- Sos tiram
- Minyak bijan
Bahan lain (pilihan)
- Daun bawang
- Bijan putih
Kaedah
- Panaskan minyak dan tumis daging yang telah diperap.
- Bila daging keluarkan air masukkan bahan hiris dan tumis.
- Masukkan bahan sos pula
- Masak agar semua bahan serasi dan tutup api kemudian taburkan bijan
- Siap!
Penggunaan sos Korea kerana ianya lebih sedap dan pedas tapi anda boleh juga guna sos gochujang untuk mendapatkan rasa Korean yang lebih autentik. Tapi sos korea paling mudah didapati dipasaraya walaupun harganya sedikit mahal berbanding sos cili. Apapun tepuk dada tanyalah selera selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.