Resepi Air Asam Ikan Bakar Yang Simple Tapi Pedas

Oleh:

Resepi yang dikongsikan kali ini merupakan salah satu bahan paling utama dalam penyediaan ikan bakar. Tanpanya akan terasa kuranglah keenakannya hidangan ikan bakar. Air asam mempunyai banyak versi dan perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara yang mudah untuk menyediakan air asam ini. Paling penting dalam hidangan air asam ialah penggunaan belacan dimana ianya haruslah yang jenis baik dan mempunyai bau yang sedap. Cili api, bawang, tomato dan juga air asam perlu diimbangi sukatannya agar ia menjadi menarik dan sedap. Baiklah bagi anda yan gingin mencuba resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Bawang besar potong dadu
  • Tomato potong dadu
  • Asam jawa gaul dengan air secukupnya.
  • Bahan tumbuk/kisar
  • Limau kasturi (belah 4 dan buang biji)
  • Cili api 
  • Belacan bakar
  • Garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa

Kaedah

  • Kisar cili api bersama belacan dan limau kasturi.
  • Tuang didalam bekas yang sesuai dan tambah air asam jawa,garam, serbuk perasa dan gula.
  • Siap!

Sukatan bahan bergantung pada jumlah yang anda inginkan, lebihkan asam jika suka masam, tambah cili jika suka pedas. Namun gula adalah antara bahan yang menyedapkan ia jadi sukatannya haruslah berpada-pada. jangan lupa cuba resepi ini ye!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini