Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Buah Melaka Guna Keledek Lebih Sedap Lebih Manis

Resepi kuih kali ini ialah kuih buah Melaka, lazimanya kuih ini dibuat dengan tepung pulut dan intinya ialah gula Melaka. Tapi perkongsian kali ini kita gunakan buah keledek bersama tepung pulut yang mana ia memberi rasa yang lebih sedap. Khusus untuk peminat kuih tempatan terutamanya buah melaka yang amat femes menjelang bulan puasa anda patut cuba, berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1 biji ubi keledek
  • Tepung pulut (letak sikit-sikit sampai tak lagi melekat dijari)
  • Tepung gandum/tepung ubi (anggaran 1-2 tbsp)
  • Gula melaka sebagai inti (potong kiub)
  • Kelapa parut + sedikit garam
  • Air utk merebus
  • Daun pandan (pilihan)

Kaedah

  • Mula-mula kopek keledek dan potong kecil agar mudah empuk bila direbus.
  • Tos dan lenyek hingga hancur
  • Campurkan tepung gandum 1 tbsp dan sedikit demi sedikit tepung pulut
  • Uli hingga ia tidak melekat dijari.
  • Bulatkan adunan dan letakkan gula melaka didalamnya.
  • Bulatkan dengan kemas agar buah melaka tidak bocor ketika direbus.
  • Panaskan air yang telah ditambah daun pandan dan kemudian masukkan buah melaka tadi.
  • Bila ia timbul bolehlah ditos dan digolek dalam kelapa parut.
  • Siap!

Keledek yang digunakan boleh jadi apa-apa jenis keledek sahaja namun pilihlah yang berwarna kuning kerana lebih cantik. Jika anda guna keledek merah contohnya, buah Melaka anda akan menjadi lebih gelap warnanya. Tapi masih berbaloi lah untuk dicuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.