Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Giant Egg Tart Confirm Puashati!

author name

📄 ,

Selalu kita makan egg tart yang bersaiz mini comel kan. Pasti rasa tak puas sebab itu beli banyak. Kali ini kami bawakan resepi giant egg tart untuk anda. Egg tart yang bersize besar ini cukup puas hati dan kenyang! Giant egg tart ini sesuai di hidangkan untuk anak-anak pasti mereka sukakanya. Jom cuba resepi yang bikin ketagih ini dari Che Amira Halim ini.

Bahan-bahan

Bahan pastry (loyang besar cepat dan mudah )

  • 1 1/2 cup Tepung gandum
  • 3 Sb Butter/Marjerin
  • 1 biji Telur 2 Sb Gula icing
  • 1 Sk Garam (rata) Esen Vanilla

Cara Penyediaan

  1. Campur tepung gandum + gula icing + garam. Gaul rata hingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan telur + esen vanilla. Uli sehingga menjadi doh.
  3. Bakar pastry 15-20 minit pada suhu 175.
  4. Sapu marjerin pada loyang sebelum terapkan pastry untuk elakkan pastry melekat dan tekan-tekan pastry dengan garfu untuk pastry masak dengan baik.

Bahan Filling

  • 100 ml air panas
  • 150 ml susu segar/ susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 sb tepung kastard
  • 1/2 cup gula pasir
  • Esen vanilla

Cara Penyediaan

  1. Larutkan air panas dengan gula pasir.
  2. Masukkan susu segar/susu cair + esen vanilla. Masuk telur + tepung kastard.
  3. Kacau rata semua bahan guna whisk je dan tapis.
  4. Selepas 15 minit bakar pastry, keluarkan dan terus tuangkan filling ke dalam dan masuk semula dalam oven 25-30 minit lagi dengan suhu 175. Siap!

Kalau nak tahu egg tart ini juga sedap bila dimakan ketika sejuk. Memang terangkat. Bila bersaiz besar ini puas sedikit bila nak makan. Tak perlu buat banyak kali dah.

Resepi Menarik Yang Lain

Kalau anda mencari lagi resepi kuih atau pemanis mulut, kami turut sediakan untuk anda baca disini. Terima kasih kerana menjadikan kami sebagai rujukan anda.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *