Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuih Puteri Mandi (Enak dan Lazat!)

author name

📄 ,

Anda tercari cari idea untuk pencuci mulut? Atau mungkin sesuatu yang boleh dibawa oleh anak anda sewaktu jamuan kelas? Ha, disini kami sediakan resepi kuih puteri mandi yang amat lazat.

Dengan langkah yang telah disediakan oleh kami, bolehlah anda membuat kuih puteri mandi ini. Bahan – bahannya juga boleh didapati di pasaraya berdekatan. Jadi apa tunggu lagi? Jom buat!

Resepi ini dikongsikan oleh Wirawati Negara di laman Facebook milik beliau dan telah mendapat perkongsian serta likes yang banyak.

Resepi Kuih Puteri Mandi

kuih-puteri-mandi
image via Facebook

Bahan – bahan:

Doh:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air
  • 1 sdk garam halus
  • Pewarna pilihan

Inti Kelapa:

  • ½ biji kelapa parut (ambil putih shj)
  • ½ cawan gula melaka (diparut hgga dpt ½ cwn)
  • 2sdb gula putih
  • Sedikit garam
  • ½ cawan air
  • Daun pandan disimpul

Cara – cara memasak:

Doh:

  1. Satukan tepung dan garam.
  2. Tuang air sedikit- sedikit.
  3. Uli tepung sehingga menjadi doh lembut dan tidak melekat pada tangan.
  4. Bahagikan doh kepada 3 bahagian, kemudian masukkan pewarna pilihan dan uli sebati.
  5. Didihkan air kedalam periuk, kemudiam, ambil doh sebesar guli. Bulatkan dan tekan leper.
  6. Masukkan doh yang dibentukkan kedalam air yang mendidih, rebus sehingga timbul dipermukaan air.
  7. Angkat doh yang timbul dan gaulkan dengan inti kelapa.

Inti Kelapa:

  1. Masukkan air, daun pandan, garam, gula merah dan gula putih.
  2. Biarkan sehingga gula hancur dan mendidih.
  3. Masukkan kelapa parut.
  4. Gaulkan rata dan biarkan sekejap sehingga inti menjadi sedikit kering.
  5. Biarkan inti sejuk sekejap, kemudian masukkan doh yang telah dimasak tadi dan gaul rata.
  6. Siap!

Resepi – resepi yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *