Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Masak Lemon (Mengejut Lidah)

Apabila anda ingin manjakan lidah dengan sensasi masakan ayam yang mengejut, ayam masak lemon ialah pilihan tepat.

Ayam lemon ialah masakan yang terkenal di seluruh dunia di mana bahan asas pembuatannya ialah ayam dan lemon. Mula-mula ayam disalut tepung digoreng hingga garing kemudian disiram dengan sos lemon.

Cuba anda bayangkan makan malam dengan ayam lemon garing masam manis, terbuka selera dibuatnya, makan jadi berselera. Selain itu, ia tidak pedas dan anak-anak mesti suka.

Jom cubakan ayam lemon resepi dikreditkan kepada Yati Mohd‎ di laman Facebook.

Resepi Ayam Masak Lemon

ayam masak lemon
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Isi ayam bahagian dada,
  • Gula,
  • Garam,
  • Lada sulah,
  • 2 sudu besar tepung jagung,
  • 2 sudu besar tepung kastad,
  • Sebatikan dan biarkan dalam 2 jam atau lebih lama lebih bagus.
  • 4 sudu besar pati oren sunquick,
  • 4 sudu besar madu,
  • Lemon sebiji yang sedang, perah dan ambil jusnya.
  • Sedikit bijan yang disangai terlebih dulu.
  • Sebiji cili padi dihiris nipis.
  • Sedikit air tepung jagung.

Cara-cara :

  1. Dada ayam dihiris nipis sedang-sedang lebar. Seeloknya ditumbuk sedikit dengan anak lesung cili. Perapkan dengan sedikit gula, garam, lada sulah, tepung jagung, tepung kastad.
  2. Goreng ayam hingga garing, ketepikan.
  3. Dalam kuali lain tanpa minyak, satukan madu, pati oren sunquick dan jus lemon. Masak dengan api perlahan hingga menggelegak.
  4. Masukkan ayam dan sebatikan kuah hingga menyaluti ayam.
  5. Jika terlebih kuah, masukkan air tepung jagung.
  6. Rasakan jika sudah sesuai dengan selera, tutup api.
  7. Angkat ayam ke dalam piring, taburkan bijan dan cili api. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam lemon, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *