Resepi Lemak Cili Api Telur Itik (Dengan Daun Kunyit)

Oleh:

Kali ini merupakan sejenis masakan kampung yang amat mudah dan amat sedap untuk disediakan. Lemak cili api telur itik kali ini digabungkan bersama daun kunyit sahaja. Ia menggunakan bahan yang sangat minima dan boleh disediakan dengan cepat sekali. Masakan ini amat sesuai bagi peminat masakan kampung.

Bagi anda yang ingin mencuba masakan kampung yang mudah, berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda dapatkan dipasaraya berdekatan anda.

Resepi Lemak Cili Api Telur Itik

Bahan utama

  • 4 biji telur itik
  • Daun kunyit (bersihkan dan hiris)

Bahan kisar

  • Segenggam cili api
  • Air secukupnya 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit.

Bahan lain

  • Santan dari 1 biji kelapa
  • 1 keping asam keping

Kaedah 

  • Mula-mula masukkan bahan kisar kedalam periuk.
  • Tambah separuh dari santan dan buka api.
  • Tambah serbuk kunyit jika kurang kuning.
  • Masukkan asam keping.
  • Apabila kuah mengelegak masukkan baki santan dan garam serta serbuk perasa secukupnya.
  • Kacau sebentar dan tambah air jika ia terlalu pekat.
  • Kemudian pecahkan telur itik satu persatu.akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.
  • Siap.

Masakan Negeri Sembilan sememangnya pedas, ia adalah trade mark mereka. Namun begitu bagi anda yang tidak makan pedas, bolehlah menggunakan cili merah atau pun lada hitam sahaja. Diharap anda akan sudi mencuba resepi ini ya.Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]