Resepi Gulai Kuning Nenas Ikan Masin (Masakan Kampung)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai sebagai hidangan makan utama seperi makan tengahari atau malam. Malah juga sesuai dijadikan hidangan ketika kenduri kendara. Gulai kuning atau nama lain ialah lemak cili api kali ini menggunakan ikan masin dan nenas. 

Ianya banyak ditemui didalam kalangan masyarakat kampung. Tetapi sesuai mengijut peredaran zaman. Menu ini makin popular dikalangan orang bandar. Malah bahan-bahannya itu juga mudah ditemui dipasaraya atau pasar segar. Kali ini Madam akan kongsikan resepi gulai yang amat sedap, malah ia juga amat ringkas untuk dibuat.

Resepi Gulai Kuning Nenas Ikan Masin (Masakan Kampung)

Bahan-Bahan

  • Nenas sebiji (kupas, potong nipis dan rebus sekejap)
  • Santan dari sebiji kelapa parut
  • Serai sebatang
  • Bawang besar sebiji
  • Cili kering yg siap rebus dalam 5 biji
  • Cili kecil merah 3-4 biji
  • Cili kecil hijau 8-10 biji
  • Cili besar sebiji
  • Ikan masin
  • Serbuk kunyit
  • Garam

Kaedah 

  • Isi nenas dipotong nipis, kemudian direbus seketika. Angkat dan toskan air nenas. Buang air nenas tu, jangan di ambil, tajam.
  • Tumbuk bahan-bahan seperti bawang, segala cili, kunyit serbuk/kunyit hidup hingga lumat. Kemudian, masukkan serai dan tumbuk sedikit supaya pecah (jangan tumbuk sampai lumat).
  • Dalam periuk (jangan buka api lagi), masukkan nenas bersama dengan ikan masin. Selepas itu, tuangkan santan dalam periuk serta masukkan rempah yang kita tumbuk tadi.
  • Barulah buka api dan masak bahan dalam periuk tadi hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan perisa.
  • Siap!
Resepi Gulai Kuning Nenas Ikan Masin (Masakan Kampung) 2

Jika anda tidak mengemari gulai yang pedas, anda boleh kurangkan sedikit sukatan cili api atau gunakan hanya cili merah sahaja kerana ia tidak pedas. Gulai ini mempunyai rasa yang pedas, lemak dan manis sedikit, ikan masin bila digabungkan dengan nenas menjadi satu kombinasi yang sedap. Nenas boleh juga digunakan jenis yang telah siap dipotong. Jika anda tidak pernah mencubanya, anda harus ia amat berbaloi. Oleh itu selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Gulai Ikan

Resepi Talapia Masak Lemak Cili Api

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api