Resepi Gulai Nangka Muda (Dengan Perut)

Resepi kali ini merupakan sejenis masakan kampung, masak lemak cili api perut bersama nangka muda, amat mudah untuk disediakan. Terutama bagi anda yang gemar masakan kampung anda seharusnya mencuba sendiri resipi ini. Antara bahan-bahan yang digunakan amat ringkas iaitu cili api ,kunyit, santan, nangka muda yang telah direbus dan juga perut lembu yang telah dibersihkan serta direbus sehingga empuk.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh didapati di kedai berdekatan.

Bahan-bahan 

  • 1 genggam cili api 
  • 2 sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 kotak kecil santan 
  • air secukupnya (ikut tahap cair pilihan anda)
  • 1 keping asam keping

Bahan utama

  • 300g perut lembu (rebus dan hiris )
  • 1 potong nangka muda (potong kecil dan rebus dengan minyak,air dan garam)

Kaedah

  • Kisar cili api bersama air dan serbuk kunyit.
  • Kemudian tuang kedalam periuk bersama ½ dari sukatan santan dan asam keping.
  • Buka api dan masukkan perut bersama nangka muda yang telah direbus.
  • Masak sehingga ia mengelegak dan tambahkan baki santan.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa serta kacau kuah sentiasa agar santan tidak pecah.
  • Siap!

Lazimnya masakan ini dijadikan sebagai menu makanan tengah hari. Dan juga dihidangkan bersama sambal belacan ikan masin dan juga ulam ulaman. Bagi anda penggemar masakan kampung anda seharusnya mencuba sendiri masakan ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Give a Comment