Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda (Dan Udang )

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi masakan kampung yang telah lama digunakan. Masakan berasakan lemak cili api ini merupakan masakan popular yang berasal dari Negeri Sembilan. Ia menggunakan cili api dan santan, dalam resepi ini bagaimanapun menggunakan nangka muda dan udang sebagai bahan utamanya.

Masakan ini lazimnya dihidangkan diwaktu makan utama seperti makan tengahari atau makan malam. Bagi nada yang sedang mencari ides untuk hidangan keluarga anda, bolehlah mencuba resepi ini, berikut adalah bahan yang diperlukan

Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda Dan Udang
Bahan-Bahan

  • 300 g udang tajam
  • 500 gram nangka muda
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai, dititik

Bahan untuk kisar halus

  • 5-10 biji cili padi
  • 1 sudu teh serbuk kunyit atau ½ inci kunyit hidup.

Kaedah

  • Bersihkan udang dan kopek kan kulitnya.
  • Bersihkan nangka muda, potong kecil dan rebus sehingga lembut. Toskan.
  • Masukkan nangka ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan santan cair. Rebus di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan serai, asam keping, udang dan santan pekat. Masak sehingga mendidih. Kuah perlulah selalu dikacau supaya santan tidak berketul.
  • Perasakan garam dan gula secukupnya.
  • Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
  • Siap.

Masak lemak cili api biasanya pedas kerana ia mengikut selera orang Negeri Sembilan. Namun begitu bagi anda yang tidak suka makan pedas, anda boleh menggunakan cili merah dalam anggaran 2 atau 3 batang sahaja. Sebaiknya penggunaan santan dikekalkan kerana kajian membuktikan kelapa amat baik bagi kesihatan kita. 

Bagaimanapun bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini, bolehlah mencubanya hujung minggu nanti, jangan lupa kongsikan bersama rakan anda juga ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Lemak Cili Api Sotong

Resepi Masak Lemak Cendawan Kukur

Resepi Lemak Cili Api Ketam Tomato

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!