Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Klasik Hummingbird Wajib Cuba Kek Senang dan Sedap

author name

📄

Resepi ini merupakan resepi kek klasik yang sangat popular di Selatan Amerika. Ianya dikatakan menjadi ‘signature cake of southern living’ selepas resepi dan kemunculannya buat pertama kali diterbitkan didalam majalah disana. Bagi peminat kek berasaskan buah dan sayur kek ini amat sesuai bagi anda kerana bahan utamanya ialah buah pisang, nenas dan kacang. Kek ini kemudiannya dilapis dengan cream cheese yang sangat sedap dan mengenyangkan. Kek Hummingbird juga sesuai dihidangkan didalam majlis keraian seperti harijadi dan juga hari raya. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

Kering

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 tsp garam
  • 1 tsp cinnamon powder
  • 1 tsp baking soda

Kaedah

  • Ayak atau adun dgn hand whisk je

Basah:

  • 4 biji telur gred B (3 kalau gred A)
  • 11/2 cawan minyak
  • 1 tsp esen vanila

Kaedah

  • Campur semua dan kacau agar sebati

Inti :

  • 200g nenas dlm tin (hancurkan)
  • 2 cawan pisang (dadukan)
  • 1 cawan kacang pecan ( bakar dan potong kecil)

Kaedah penyediaan 

  • Campurkan bahan basah kepada bahan kering dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan bahan inti dan gaul hingga adunan menjadi sebati.
  • Masukkan dalam loyang saiz 8”.
  • Bakar pada suhu 160c selama 40-60 minit
  • Saya bahagikan adunan pada 3 bahagian dan guna 3 loyang saiz 8” dan bakar pada suhu 30-35min.
  • Kek boleh dihiasi dengan cream cheese.
  • Siap!

Antara sebab kek ini dipanggil hummingbird cake ialah kerana ianya manis dan boleh menarik burung hummingbird yang amat gemar pada manisan bunga. Apapun bagi menepati selera orang kita, saya telah mengubah sedikit sukatan gula agar ia sesuai dengan tekak kita. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.