Resepi Tradisional, Moden & Terkini

10 Resepi Cheesekut Dessert Paling Mudah Nak Buat

author name

📄

Cheesekut adalah sejenis pencuci mulut yang mudah dan tidak memerlukan kaedah baking. Nama cheesekut berasal daripada gabungan perkataan “cheese” dan “biskut,” merujuk kepada bahan utamanya iaitu keju krim (cream cheese) dan biskut.

Cheesekut biasanya disediakan dengan melapiskan biskut yang telah dicelup dalam susu atau air kopi dan lapisan krim keju yang telah dicampur dengan susu pekat. Proses ini diulang beberapa kali untuk menghasilkan lapisan yang berkrim dan rangup. Selepas siap, ia disimpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan, menjadikannya hidangan yang sejuk dan manis.

Pencuci mulut ini sangat mudah dibuat dan tidak memerlukan bahan-bahan yang kompleks, menjadikannya pilihan popular untuk majlis santai atau sebagai kudapan keluarga.

1. Resepi Cheesekut Sedap

Resepi cheesekut pertama dari Muhammad Ali ini tanpa menggunakan gelatin dan bakar. Sesuai untuk anda yang nak cuba buat.

Bahan-bahan

  • 500 gram cream cheese
  • 110 gram gula icing
  • Essen vanilla
  • 190 gram dairy whipping cream
  • 16 keping biskut crackers / atau apa apa jenis biskut petak
  • Susu coklat/ susu full cream
  • Milo
  • Serbuk koko

Cara penyediaan

  1. Putar 500 gram cream cheese. Pastikan cream cheese sudah pun berada pada suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dalam 2-3 minit. Lepas tu masukkan 100 gram gula icing + 2 sudu kecil essen vanila. Sambung putar sampai semuanya sebati. Ketepikan sekejap bila dah siap putar.
  3. Dalam bekas yang berlainan putar 190 gram dairy whipping cream sehingga kental.
  4. Dah kental kaup balik whipped cream tadi dengan cream cheese. Kaup sebati . Dah sebati ketepikan sekejap..
  5. Ambil bowl kecil. Masukan susu coklat atau susu full cream. Tapi yang sedap pakai susu coklat.
  6. Sebagai base kek ni..letakkan lapisan pertama biskut crackers ni TANPA CELUP KEDALAM SUSU.
  7. Then masukan adunan cream cheese tadi yg kita dah kaup dgn whipping cream.
    terpulang kita nk letak banyak mana. Then tabur milo setiap layer tu selang seli dengan letak lapisan biskut.
  8. Lebih kurang macam ni :
    Biskut / cream cheese/ Biskut Cream Cheese/ Biskut / Cream Cheese.
    Haaaa lebih kurang mcm ni la..ada layer.
  9. Dah siap setkan semalaman.
  10. Lepas dah setkan semalaman , tanggal kek dari loyang baru tabur serbuk koko. Kalau nk tabur milo atau topping lain boleh je.

2. Resepi Cheesekut Leleh 3 Bahan

Walaupun hanya 3 bahan tapi tetap sedap. Jika nak buat untuk jualan boleh cuba resepi dari Aisyah Halim.

Bahan-bahan

  • Cheese Tatura
  • Susu Pekat
  • Air Masak Dan Air Panas

Cara penyediaan

  1. Kalau guna Cheese 250g , susu pekat setengah tin, air masak setengah cawan .
  2. Kalau guna Cheese 500g, susu pekat 1tin, air masak 1cawan.
  3. Untuk celup biskut, masukkan 1sudu susu pekat dalam bekas tuang air panas sikit.
  4. Kacau dah boleh masukkan biskut balikkan dalam 2kali terus angkat dan susun.

3. Resepi Cheesekut Sedap

Cheesekut boleh menggunakan apa sahaja jenis biskut yang ada. Setiap lapisan biskut ini diliputi dengan cream cheese. Makan ketika sejuk memang sedap. Resepi ini dari Zakiah Said

Bahan-bahan

  • 1 paket biskut Deluxe Crackers
  • Sedikit fresh milk
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 250gm cream cheese

Cara penyediaan

  1. Pukul creamcheese guna mixer sehingga kembang. Kalau takde mixer, guna blender pun boleh. Kembang tu means creamcheese tu da jadi lembut dan color dia jadik cerah sikit.
  2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Tuang sikit-sikit. Rasa dulu, kalau kurang manis baru tambah lagi. Pukul lagi.
  3. Tambah fresh milk anggaran satu sudu ke 2 sudu. Tengok kepekatan bancuhan tu. Jangan cair sebab nanti kek jadik lembik susah nak potong.
  4. Dan ambil biskut dan celup dalam fresh milk. Celup tu means dalam sesaat je sudah. Diingatkan celup je tau, bukannya rendam. Dah celup tu terus susun dalam bekas.
  5. Then lapiskan dengan bancuhan creamcheese tadi. Tak payah tebal sangat. Cukup sekadar menutupi.
  6. Then lapis lagi biskut yang da dicelup atasnya.
  7. Atas sekali mesti lapisan creamcheese ye. simpan dalam peti ais. Biar semalaman ye bagi dia keras skit senang nak potong.

4. Resepi Nestum Cheesekut

Daripada terbuang nestum, boleh juga anda cuba nestum cheesekut ini. Tidak lah rasa pembaziran. Makan pula waktu sejuk memang sedap. Resepi dari Safwan Arif.

Bahan-bahan

  • Krim cheese tatura 500g (suhu bilik)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/3 cawan susu full krim (Marigold)
  • Biskut krim kraker (hup seng)
  • Serbuk nestum utk topping atas. (Optional: Oreo/Milo)

Cara penyediaan

  1. Pukul krim cheese sampai sebati.
  2. Masukkan susu pekat, pukul sebati.
  3. Masukkan susu full krim sikit demi sikit sampai habis.
  4. Kalau nk tekstur cair sikit boleh tambah susu full krim. Tekstur krim akan jadi jatuh bertali.
  5. Celup biskut, patahkan & hancurkan dalam bekas, dan tuang 1 sudu besar krim cheese. ulang sebanyak 3 keping biskut sahaja.
  6. Buat sampai krim cheese habis.
  7. Last atasnya boleh letak topping nestum.

5. Resepi Cheesekut Horlicks

Nak pikat selera anak, boleh pikat dengan masakan. Resepi cheesekut ini menggunakan serbuk horlicks sebagai bahan rahsia. Resepi ini dari Nurul Fhatiha.

Bahan-bahan

  • Susu full cream
  • Tatura cream cheese 250g
  • Susu pekat
  • Biskut lemak Hup Seng
  • Horlick 3sd

Cara penyediaan

  1. Susu pekat 2/3 sudu.
  2. Susu full cream 5 sudu.
  3. Horlick 3 sudu.
  4. Blender kesemua bahan.
  5. Biskut hupseng lemak letak susu full cream dalam mangkuk untuk celup biskut.
  6. Celup biskut terus susun dalam bekas petak.
  7. Last sekali letak cheese blender tadi kat atas , dan letak topping kesukaan anda.

6. Resepi Cheesekut Cheese Banjir

Buat peminat cheese, rugi tak cuba resepi cheesekut banjir ini. Memang sedap nak lagi pula makan bila ia sejuk. Resepi melalui Ruth David.

Bahan-bahan

  • 2 bungkus Cream Cheese
  • 1 kotak Cheedar Cheese
  • 1/2 tin Susu manis
  • 2 biskut Biscuit Saltcheese
  • Fresh milk

Cara penyediaan

  1. Campurkan Cream cheese dengan susu manis mengikut cita rasa anda kemudian pukul sampai sebati atau putih.
  2. Tuangkan sikit fresh milk dalam bekas kemudian celupkan biskut saltcheese tu – celup ya bukan rendam
  3. Lapiskan acuan dengan plastik untuk mudah keluarkan kek dari acuan. Susun biskut saltcheese yang sudah dicelup dalam fresh milk sebagai lapisan pertama.
  4. Selang-selikan dengan cream cheese yang telah dipukul tadi untuk lapisan ke-2. Sapu rata.
  5. Lapiskan sampai cream chesee habis. Lapisan atas sekali, tabur dengan cheddar cheese yang diparut.
  6. Simpan dalam peti sejuk (frozen) semalaman untuk keraskan adunan.

7. Resepi Cheesekut Pelangi

Comel sampai rasa sayang nak makan. Nak dapatkan lapisan warna-warni cheesekut ini, setiap campuran cream cheese dan susu anda boleh letakkan pewarna yang anda suka. Resepi dari ling yusof.

Bahan-bahan

  • 500gm cream cheese
  • 1 tin susu pekat
  • Roti saltcheese
  • Pewarna

Cara penyediaan

  1. Pukul cream cheese + susu.
  2. Rendam roti dalam air susu (baki susu) rendam bagi basah dan susun dalam acuan.
  3. Ambil cream cheese + susu tadi letak dalam mangkuk dan letak pewarna sikit baru curah atas roti.

8. Resepi Cheesekut Milo

Selain minuman coklat malt yang sedap, milo jugak boleh dihasilkan dengan pelbagai jenis dessert yang sedap salah satunya cheesekut milo. Resepi dari Cik Nom.

Bahan-bahan

  • 1 pek biskut Cream Crackers
  • 250g krim keju
  • 6 sb susu pekat
  • 1/2 cwn susu penuh krim
  • 1/2 cwn serbuk Milo
  • 1 cwn susu penuh krim (untuk celup)

Cara penyediaan

  1. Potong cream cheese dan timbang. Kalau nak senang boleh beli pek kecil 250g, boleh terus guna, tak perlu susah-susah timbang.
  2. Tekan-tekan cream cheese sampai lembut, kemudian masukkan susu pekat. Kacau sebati kedua-dua bahan.
  3. Dalam bekas berasingan, panaskan susu full cream dan serbuk Milo. Kacau sampai larut. Api tak perlu panas sangat, suam-suam dah cukup.
  4. Tuang masuk adunan Milo sedikit demi sedikit dalam adunan cream cheese tadi dan kacau sebati.
  5. Tuang susu full cream dalam mangkuk dan celup biskut cream crackers dalam susu. Kalau suka cheesekut yang lembik boleh celup lama sikit.
  6. Susun biskut dalam bekas atau loyang.
  7. Untuk bahagian tepi yang kecil, boleh potong biskut dengan pisau tajam untuk lebih kemas.
  8. Bila lapisan biskut pertama dah siap susun, boleh masukkan adunan cheese dan ratakan.
  9. Ulang langkah yang sama (susun biskut dan ratakan adunan cheese) anggaran 4 lapisan atau sampai habis.
  10. Biskut yang lebih boleh hancurkan dan tabur atas cheesekut.
  11. Akhir sekali boleh tabur serbuk Milo sebagai hiasan.
  12. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3-5 jam. Simpan semalaman lebih bagus sebab aduanan basah cheese Milo tu akan meresap sepenuhnya pada biskut cream crackers.

9. Resepi Cheezy Cheesekut Milo dan Oreo

Dengan menggunakan 5 bahan sahaja anda dah boleh hasilkan cheesekut cheezy kombinasi oreo dan milo ini. Resepi dari Azlina Ina Fans.

Bahan-bahan

  • 1 peket biskut sayuran cap hup seng
  • 500g cream cheese tatura bagi lembut dulu
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan whipping dairy
  • 1/2 cawan susu segar

Cara penyediaan

  1. Blender sebati.
  2. Susun biskut,tuang adunan dan ulang sampai habis.
  3. Tak perlu celup biskut cume sejukkan 2 hingga 3 jam.
  4. Keluarkan dan tapis milo atas die atau tabur oreo hancur.
  5. Siap.

10. Resepi Cheesekut Bajet

Resepi cheesekut bajet ini sesuai untuk anda cuba untuk idea jualan. Bahan pun tak banyak, mudah nak buat. Resepi dari Resepi Hangat.

Bahan-bahan

  • Cream Cheese Tatura 500g (suhu bilik)
  • Biskut Cream Cracker Hup Seng
  • Susu Pekat Oki Selection (1 cawan)
  • Susu Full Krim Marigold (1/3 cawan) & untuk celup biskut

Cara penyediaan

  1. Pukul cream cheese dulu sampai lembut
  2. Masukkan susu pekat, pukul lagi sampai sebati
  3. Masukkan susu full krim sikit demi sikit & pukul rata (kalau nk cair, boleh tambah lagi susu full krim)
  4. Celup sekejap biskut kedalam susu full krim & hancurkan masukkan kedalam bekas.
  5. Letak lah cream cheese tadi banyak mana korang suka,pastu celup biskut lagi, hancurkan dan ulang sampai habis.
  6. Topping atas terpulang korang nak letak apa.
  7. Simpan dalam chiller,jangan biar suhu bilik, nanti cheese masam.
  8. Ketahanan cheesekut ni lebih kurang 2 minggu sahaja.Pastikan disimpan dalam chiller tau.

Resepi Menari Yang Lain

Kalau anda nak lagi resepi menarik yang lain, jangan lupa baca lagi resepi yang telah kami kongsikan disini. Terima kerana telah singgah di laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *