Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Butter Viral Red Velvet Versi Merah Menyala

Resepi berikut adalah resepi kek yang sangat popular dan mempunyai banyak versi.Kek red velvet amat popular dan viral kebelakangan ini dikalangan masyarakat kita, ianya diberi nama red velvet kerana rupanya yang seperti kain baldu kemerahan dan menarik. Red velvet ada banyak versi dan resepi kali ini menggunakan bahan lebih ringkas dimana ianya tidak menggunakan cuka mahupun serbuk koko sebaliknya ia menggunakan emulco red velvet. Jadi tidak hairanlah ia menghasilkan kek yang sangat merah dan cantik namun rasanya tetap sedap.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 160g butter
  • 150g gula halus
  • 1tsp vanilla esen
  • Telur gred B 4 biji

Bahan B

  • 200g tepung naik sendiri

Bahan C

  • ¼ cawan buttermilk (suhu bilik)
  • 1tbsp emulco red velvet

Kaedah

  • Mula-mula pukul butter dan gula hingga putih.
  • Tambah telur satu persatu dan pastikan adunan telah sebati setiap kali anda tambah telur.
  • Akhir sekali masukkan esen vanila.
  • Akhir sekali masukkan tepung, anda boleh kaup dengan tangan atau guna sahaja mixer.
  • Tambah buttermilk dan emulco.
  • Gaul hingga semuanya sebati.
  • Bakar didalam loyan gbulat saiz 7″ dirak paling bawah pada suhu 140c selama 60min atau hingga masak.
  • Siap.
  • Boleh sejukkan sebelum dihidangkan atau hias dengan cream cheese.

Kek ini boleh dimakan begitu sahaja jika anda suka, namun saya secara peribadi amat suka hiasi ia dengan cream cheese yang ringkas. Resepi ini telah viral dan percubaan saya pada resepi ini menghasilkan kek yang cantik dan sedap sangat berbaloi untuk dicuba, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!