Resepi Bittersweet Dark Chocolate Drop Cookies Sempoi Giler

Resepi kali ini merupakan resepi biskut drop cookies choc cip yang sangat mudah untuk disediakan. Walaupun mudah ianya amat sedap dan tahan lama. Sesuai dijadikan hidangan didalam jamuan atau pun jadikan ia sebagai kudap-kudapan. 

Biskut ini disediakan menggunakan butter,shortening, kuning telur dan gula perang ia memberi rasa biskut yang rangup dan juga sedap. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 200g butter
  • 50g shortening
  • 2 biji kuning telur
  • 200g gula halus
  • 50g gula perang

B

  • 250 tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp emplex
  • Secubit garam (jika guna butter unsalted)

Hiasan/Inti

  • 1 peket (300g) coklat cip bittersweet 
  • 2 tbsp serbuk koko 
  • 2 tbsp serbuk koko hitam (pilihan)
  • 250 g dark chocolate (potong dadu)

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter dan shortening kemudian sejukkan sebentar.
  • Masukkan gula dan kacau agar gula larut.
  • Kemudian masukkan kuning telur.
  • Sediakan bahan B didalam bekas lain.
  • Kemudian masukkan bahan A ke bahan B
  • Kacau perlahan hingga menjadi doh
  • Tambahkan serbuk koko dan gaul hingga rata
  • Kemudian baru tambahkan dark chocolate yang dipotong dadu dan separuh dari chocolate chip.
  • Rehatkan doh sebaik-baiknya 12 jam sebelum dibakar.
  • Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli sebelum dibakar.
  • Jarakkan setiap doh kerana cookies akan kembang.
  • Letakkan chocolate cip sebagai hiasan sebelum bakar
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 160c
  • Sejukkan sebelum disimpan
  • Siap!

Biskut ini mempunyai rasa pahit-pahit manis dan juga amat rangup. Anda boleh menggunakan coklat cip biasa jika tidak suka pada rasa pahit ya. Namun terpulang lah kepada citarasa anda. Jangan lupa mencuba resepi ini ye!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *