Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lepat Cendol Versi Acuan Lompang Makan Sekali Ngap Sahaja!

Lepat Cendol merupakan salah satu hidangan popular buat minum petang di Malaysia. Rasanya lemak manis oleh kerana gabungan cendol, santan dan gula melaka. Kali ini, kami bawakan resepi lepat cendol ini khas buat anda semua. Walaubagaimanapun, resepi kali ini lebih unik kerana menggunakan acuan lompang yang lebih kecil dan didalam bit-sized.

Oleh kerana saiz nya yang kecil, makan pun dengan sekali ngap sahaja! Ianya juga boleh dimakan oleh semua lapisan masyarakat, namun begitu, anda harus perhatikan kanak – kanak apabila mereka makan kerana khuatiri tercekik akibat tekstur lepat yang lebih melekat – lekat.

Cara pembuatan lepat cendol ini amat mudah serta bahan – bahannya mudah untuk didapati. Kini, bolehlah anda menyediakannya sendiri. Mari kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Hanna Rahman dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial!

Resepi Lepat Cendol

lepat cendol
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung hoen kwe
  • 1 cawan gula
  • 5 1/2 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • Daun pandan disimpul
  • 1 paket kecil cendol
  • 1 tin kacang merah

Cara – cara memasak:

  1. Basuh cendol & kacang merah, dan toskan.
  2. Satukan semua bahan kecuali cendol & kacang merah.
  3. Kacau semua bahan sehingga sebati dan tiada ketulan.
  4. Masak menggunakan api kecil sehingga pekat dan berbuih letup – letup. Sentiasa kacau agar adunan tak berketul.
  5. Masukkan cendol & kacang merah.
  6. Tutup api dan boleh tuang dalam acuan.
  7. Sejukkan dan sedia dimakan.
lepat cendol 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!