Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Tumis Kerang (Ringkas Dan Sedap)

Resepi kali ini merupakan salah satu inovasi dari masakan sambal tumis. Sambal tumis adalah masakan yang diperbuat dari cili kering yang dikisar bersama bawang,belacan. Bahannya sangat ringkas namun pembuatannya agak memakan masa bagi mendapatkan warna sambal yang merah gelap. Gula juga main peranan untuk menghasilkan sambal yang sedap.

Pemilihan jenis cili kering pula mempengaruhi rasa pedas sambal tumis ini. Sebaiknya gunakan cili yang kurang pedas dan dicampur dengan cili pedas, untuk menghasilkan rasa yang mengancam. Namun jika anda tidak suka sambal tumis yang pedas, anda boleh menggunakan cili kering tidak pedas atau pilih cili kering jenis gemuk, yang memang tidak pedas lansung. Sambal begini sangat sesuai untuk kanak-kanak.

Kali ini Madam akan bawakan sambal tumis menggunakan kerang sebagai bahan utamanya. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Sambal Tumis Kerang (Ringkas Dan Sedap)
Bahan utama

  • 1 kg kerang (bersihkan, celur dan kopek isinya)

Bahan kisar

  • 1 bawang besar saiz kecil (atau 4 ulas bawang merah)
  • 1 sudu besar udang kering/bilisĀ 
  • 1 inci belacan

Bahan hiris dan tumis

  • 1 labu bawang besar saiz besar (hiris bulat)
  • 4 cawan cili kering yg telah dikisar (gunting,rebus dan bilas hingga hilang bijinya)
  • 1 keping asam keping saiz kecil
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Air anggaran secawan.

Kaedah

  • Pertama, tumiskan bahan yang telah dikisar dan biarkan ia naik bau.
  • Kemudian tumiskan cili kering,asam keping dan bawang yang telah dihiris tadi.
  • Biarkan hingga cili naik minyak, kacau selalu agar ia tidak hangit.
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit agar tidak terlalu cair.
  • Masak lagi agar cili benar-benar garing, masukkan garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan isi kerang dan gaul agar sebati, tambah air jika perlu.
  • Masak lagi agar sambal dan kerang benar-benar serasi.
  • Tutup api apabila semua bahan mulai sebati.
  • Siap.

Jika memilih kerang, pastikan jenis besar. Ini kerana ia menghasilkan rasa yang lebih sedap. Anda boleh menggunakan gula merah untuk menghasilkan warna yang lebih menarik namun gula putih juga sesuai. Minyak perlulah cukup banyak untuk memastikan cili ditumis garing, tambah jika perlu.Ā 

Sambal tumis yang Madam gunakan ini, tidak menggunakan sebarang bawang putih. Ini adalah resepi yang Madam gunakan untuk meniaga, jadi terpulang jika anda ingin menambah bawang putih.

Apapun, anda boleh mencuba resepi ini bersama nasi lemak jika anda suka. Jika ingin makan bersama nasi putih juga sesuai, padankan bersama ikan pelaling goreng pasti lazat!

Resepi Lain Yang Menarik


Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya. Selamat mencuba!pi

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!