Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Roti Pelangi Kukus Sedap dan Digemari Ramai!

Biasanya kita akan lihat puding karamel dijual di pasar-pasar berhampiran dengan rumah kita bukan? Tetapi kali ini kita akan kongsikan resepi yang sedikit berbeza daripada puding karamel iaitu resepi puding roti pelangi kukus. Ianya terdapat beberapa lapisan yang melazatkan. Lapisannya adalah puding roti, kek serta karamel yang pahit – pahit manis.

Bayangkan kombinasi puding karamel dengan roti pelangi kukus yang disekalikan dalam satu resepi. Pasti tidak ada siapa yang akan menolaknya! Tengok gambar sahaja pun sudah terliur apatah lagi kalau sudah siap ada di depan mata! Anda juga boleh menyediakan juadah ini bila bila masa oleh kerana bahan – bahannya mudah untuk didapati. Antara bahan – bahannya juga termasuklah susu pekat dan cair serta tepung gandum.

Resepi yang menarik ini telah dikongsikan oleh Tok Ma di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak like! Semua dah terliur tu mari lah kita lihat bagaimana cara menyediakan resepi puding roti pelangi kukus ini. Jom!

Resepi Puding Roti Pelangi Kukus

puding roti pelangi kukus 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 5 sudu besar gula
  • 5 sudu besar air
  • 4 biji telur saiz A
  • 4 keping roti
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar teh esen vanila
  • 3 biji telur saiz A
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 tin susu pekat
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum naik sendiri
  • Pewarna yang disukai

Cara – cara memasak:

  1. Cairkan gula di dalam periuk atas api kecil sehingga menjadi karamel dan kacau, masukkan air.
  2. Masukkan karamel ke dalam loyang bulat dan ratakan karamel.
  3. Ketepikan dan sejukkan.
  1. Satukan semua bahan – bahan di atas dan kisarkan.
  2. Tapiskan dan masukkan loyang yang berisi karamel.
  3. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus 30 minit.
  1. Satukan telur, minyak, susu pekat dan esen vanila ke dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga berbuih & kembang.
  2. Masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Campur pewarna dan kacau.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang puding tadi berselang seli. Selang selikan adunan dengan warna berlainan sehingga habis.
  5. Kukus selama 1 jam.
  6. Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk selama 30 minit sehingga tepi kek lekang/renggang dari loyang.
  7. Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan – lahan di atas bekas.
puding roti pelangi kukus
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!