Puding Roti Karamel Bercoklat

PUDING ROTI KARAMEL BERCOKLAT

Bahan lapisan gula hangus:

1 cawan gula
1 cawan air
6 keping roti sandwich gardenia – digunting kecil memanjang

Cara:

1. Masukkan gula dalam periuk, hidupkan api perlahan, biarkan sehingga perang.
2. Masukkan air biarkan sehingga semua gula larut. Hati-hati mungkin air gula yang panas akan terpercik apabila ditambah air.
3. Tuangkan air gula hangus ke dalam dua loyang.
4. Susun roti didalam loyang yang mengandungi gula hangus tadi.

Bahan lapisan karamel:

7 biji telur – gred B
1 tin susu sejat
3 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh essen vanilla

Cara:

1. Pukul telur bersama semua bahan lain hingga sebati.
2. Tuangkan ke atas lapisan 1, kukus selama 10-15 minit.
3. Angkat dan biarkan seketika.

Bahan lapisan puding coklat:

25gm agar-agar
1 cawan gula
6 cawan air
1 tin susu sejat
2 sudu makan serbuk koko – dibancuh dengan sedikit air panas
1/2 sudu teh garam

Cara:

1. Masak air bersama agar-agar hingga larut.
2. Masukkan susu, serbuk koko, gula dan garam, kacau hingga mendidih.
3. Angkat dan tuangkan keatas puding roti karamel yang telah masak tadi.
4. Sejukkan, masukkan ke dalam peti ais selama 2-3jam.
5. Keluarkan dari acuan, potong ikut saiz yang dikehendaki. Sedia untuk dihidang.