Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Agar Agar Santan (Resepi Pencuci Mulut)

author name

Agar – agar santan, resepi yang menjadi popular semula sekarang. Ianya amat lazat serta mudah untuk disediakan. Agar – agar santan juga merupakan pencuci mulut yang dapat melengkapkan hidangan utama.

Agar – agar santan menggunakan bahan yang mudah untuk didapati. Oleh itu, anda tidak perlu susah – susah untuk menyediakannya. Ianya juga tidak menggunakan banyak kos!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Norradiela Afiq di laman media sosial beliau dan mendapat banyak shares serta likes. Jom kita lihat!

Resepi Agar – Agar Santan

agar-agar-santan
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2-3 helai daun pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Beberapa titik perasa pandan

Cara – cara memasak:

  1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air.
  2. Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
  3. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut.
  4. Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair.
  5. Masak sehingga sebati.
  6. Pukul sedikit telur bersama santan.
  7. Saya tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
  8. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
  9. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *