Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Cocktail Sejuk Bila Dimakan

author name

📄

Resepi desert Kali ini ialah puding cocktail. Boleh juga dipanggil agar-agar. Puding koktail ini boleh dibuat dengan pelbagai cara antaranya ialah buaha-buahan atau biskut. Mana-mana cara pun boleh ikut citarasa anda, apa yang sama ialah bila dimakan rasa sejuk sampai ke tekak. Waktu panas atau berpuasa memang ramai yang membuat puding koktail.

Nak buat pun senang dan mudah. Kalau beli sudah tentu harga cukup mahal, apakata kami sarankan anda buat sendiri puding koktail ini. Bila buat sendiri anda boleh letak apa sahaja topping yang anda inginkan. Mana tahu boleh buat jualan kan? Jom semak resepi puding koktail ini.

Resepi Puding Biskut Cream Crackers

Resepi pertama ini ialah puding biskut cream crackers. Kalau anda ada lebihan biskut cream crackers atau biskut kering di rumah boleh lah cuba resepi mudah ini. Bahan nak gunakan untuk puding cream crackers ini menggunakan tiga bahan sahaja. Makan pula waktu sejuk memang sedap. Jom cuba resepi dari Dhia Azlinda ini.

Bahan-bahan

  • 20-24 keping biskut cream cracker
  • 4 biji telur gred A@B
  • 1/2 Cawan susu pekat

Cara Penyediaan

  1. Loyang saiz 6..
  2. Panaskan pngukus dahulu.
  3. Rendamkan biskut kedalam air tapis sehingga kembang dan tos kan.
  4. Blendkan telur, susu pekat dan biskut sampai halus.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 letakkan warna.
  6. Kukus selapis demi selapis shingga habis. Lapis pertama 5 minit yang akhir sekli 10 minit.
  7. Siap.

Resepi Puding Kastard Cocktail

Resepi puding kastard cocktail ini sangat sesuai dijadikan pencuci mulut untuk anak-anak. Puding berkuah kastard ini enak dimakan ketika sejuk, memang ralit. Jom cuba resepi dari Noor Hidayah Hanapi ini,

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan susu cair
  • 5 cawan air
  • 3 sudu gula
  • 3 sudu susu pekat

Masukkan semua bahan, gunakan api yang sederhana, kacau tanpa henti sampai puding jadi pekat dan berkilat dan tutup api.

Bahan-bahan kuah

  • 2 tin susu cair satu tin koktail ditapis airnya. Buahnya diketepikan, air nya di campurkan dengan susu
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu pekat

Cara Penyediaan

  1. Campurkan kesemua bahan, gunakan api yang sederhana dan kacau sehingga mendidih. Matikan api.

(Kemanisan puding dan kuah ikut citarasa masing-masing. Macam saya tak suka manis sangat sebab diri sendiri dah cukup manis cia cia cia)

Hiasan puding koktail

  1. Lapisan pertama susun buah-buahan koktail.
  2. Lapisan kedua masukkan puding
  3. Lapisan atas sekali letaklah buah-buahan segar. Disebabkan puding ni sedikit manis dan berlemak, saya suka letak buah-buahan yang masam untuk menyeimbangkan rasa manis berlemak tu. Buah yang sesuai macam anggur, strawberi, blueberry, kiwi.
  4. Akhir sekali curahkan kuah atas puding. Lagi banyak lagi sedap.
  5. Masukkan puding koktail di dalam peti sejuk dalam 2-3 jam dan boleh lah dimakan sejuk-sejuk nyumm.

Resepi Puding Cocktail

Jika anda tidak berminat dengan puding berkuah, apa kata anda cuba resepi puding cocktail ini. Puding cocktail ini juga enak dimakan ketika sejuk. Anda boleh mengikut apa sahaja bentuk acuan yang diinginkan. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Suhaida Mohd Sani.

Bahan-bahan

  • 20gm serbuk agar- agar
  • 300gm gula pasir
  • 1100ml air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin buah cocktail (500gm)
  • 1 helai daun pandan

Cara Penyediaan

  1. Masak air, agar-agar, daun pandan dan gula hingga larut hingga mendidih.
  2. Dah mendidih masukkan susu cair dan buah cocktail bersama air jus nya dan masak lagi hingga mendidih kecil.
  3. Tutup api terus kacau sampai wap panas hilang.
  4. Tuang dalam acuan size 24cm biarkan di luardah suam baru masuk peti ais.

Resepi Puding Cocktail Cheese

Bgai penggemar cheese, anda pasti suka dengan resepi puding cocktail cheese ini, Rasa lemak cheese disatukan dengan puding dan buah-buahan cukup membuatkan anda rasa tak cukup sebekas bila dimakan. Jom baca resepi dari Hafidz Ahmad,

Bahan-bahan

Lapisan bawah

  • 2liter/2kotak susu fresh milk
  • 100 gram instant jelly ]
  • 1cawan gula
  • 250 gram cheese
  • Esen vanila

Lapisan atas

  • 1liter air
  • 50 gram instant jelly
  • 1cawan gula
  • Flavour
  • Buah-buahan

Cara Penyediaan

Lapisan bawah

  1. Campurkan bahan dalam periuk/kuali dah masak sehingga cheese cair dan berbuih.
  2. Selepas itu boleh masukkan dalam bekas dah keraskan/setkan suhu bilik jangan nak cepat masukkan dalam peti nanti puding berkuap.

Lapisan atas

  1. Then lapisan bawah tadi dah keras susun buahan tadi dan bubuh lapisan atas tadi.
  2. Setkan/keraskan di suhu bilik dah keras baru masuk chiller.

Resepi Milk Puding Cocktail Versi Lumut

Resepi puding susu coktail ini adalah versi sukatan cawan dan sesuai jika anda mempunyai majlis keraian. Puding susu ini diolah sedikit untuk mendapatkan versi lumut pada puding ini. Resepi ini dari Nabihah Suhaimee.

Bahan-bahan

  • Sebungkus agar-agar
  • 1 tin susu sejat
  • 1 tin buah cocktail
  • Add on 900ml air
  • Gula 1/2cawan
  • Daun Pandan (Optional)

Cara Penyediaan

  1. Masak Agar-agar dengan 900ml air.
  2. Dah mendidih, masukkan gula dan buah dalam tin (masukkan sekali air untuk effect lumut dia banyak)
  3. Masukkan susu 1tin, kacau hingga mendidih.
  4. Siap!

Resepi Menarik Yang Lain

Menarikkan resepi puding ini, pasti anda tak sabar nak buat, resepi yang cukup mudah ini, Bukan resepi puding cocktail sahaja yang kami ada, banyak lagi resepi dessert yang telah kami sediakan. Jangan lupa share ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *