Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Puding Sagu Pandan Dengan Mangga Makan Sejuk Syiok Sekali

author name

Resepi manisan kali ini ialah puding sagu pandan bersama mangga. Puding ini merupakan salah satu resepi mudah yang boleh disediakan sendiri oleh anda. Terutama bagi peminat sagu dan juga buah mangga anda harus cuba resepi ini. Sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut disaat saat akhir didalam majlis kecill, baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Sagu hijau
  • Santan berperisa pandan
  • Gula
  • Mangga manis (potong dadu)

Kaedah

  • Mula-mula rebus sagu hingga empuk
  • Basuh dibawah air lalu dan tapis
  • Masak santan bersama sedikit gula
  • Campurkan santan bersama sagu dan kacau.
  • Tuang dalam dalam bekas yang sesuai.
  • Dan tabur dengan mangga yang telah siap dipotong
  • Sejukkan sebentar dan bolehlah dihidang.
  • Siap!
  • * anggaran sukatan adalah mengikut jumlah hidangan yang anda suka.

Hidangan ini sedap dihidang sejuk, jadi sejukkan dahulu puding yang telah siap disediakan. Gunakan mangga yang manis kerana ia lebih sedap, untuk santan anda boleh juga menggunakan santan yang segar. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.