Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Agar-agar Gula Merah Paling Senang Nak Buat

author name

Resepi kali ini ialah resepi mudah dalam menyediakan manisan pencuci mulut. Agar-agar lumut menggunakan bahan yang sangat minima. Penyediaannya pula amat mudah kerana bahan-bahan yang digunakan perlulah dimasak sehingga santannya pecah. Itulah yang menghasilkan lumutnya dan menghasilkan rasa yang sangat mengasyikkan. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan A

  • 800ml air
  • 200g gula merah
  • 2 Daun pandan disimpul 
  • 1 pek (10g) serbuk agar-agar

Bahan-bahan B

  • 200ml santan kotak
  • 1 tsp garam 
  • 1 biji telur

Kaedah

  • Mula-mula campur bahan B dalam 1 bekas 
  • Masak bahan A kecuali serbuk agar-agar hingga gula melaka larut.
  • Selepas itu baru tambah serbuk agar-agar dan kacau agar ia larut betul-betul.
  • Masukkan bahan B kacau sebentar dan selepas itu biarkan hingga santan pecah.
  • Tutup api dan biarkan ia sedikit sejuk baru tuang dalam acuan.
  • Biarkan dalam petiais beberapa jam sebelum dikeluarkan.
  • Siap! 

Resepi ini agak manis jadi jika anda tidak gemar rasa yang terlalu manis anda boleh mengurangkan sukatan gula merah. Gula merah bila digabung bersama santan dan daun pandan akan menghasilkan satu aroma yang sangat wangi yang akan memenuhi ruang rumah anda. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.